TAN SRI ANTARA DUA DITAHAN KES PENIPUAN PELABURAN LEBIH RM300 JUTA – AZAM
Seorang lelaki bergelar Tan Sri antara dua individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam penipuan pelaburan berskala besar dianggarkan bernilai lebih RM300 juta di Kuala Lumpur.
KOTA BHARU: Seorang lelaki bergelar Tan Sri antara dua individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam penipuan pelaburan berskala besar dianggarkan bernilai lebih RM300 juta di Kuala Lumpur.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata berdasarkan maklumat diterima, individu berkenaan dipercayai terlibat dalam kegiatan penipuan berskala besar yang berada di bawah bidang kuasa siasatan SPRM.
Beliau berkata penipuan berkenaan melibatkan isu yang memberi kesan kepada rakyat apabila ramai pelabur mengalami kerugian berjumlah ratusan juta ringgit.
“Kita telah pergi kepada individu yang terlibat dalam kes ini. Ini adalah tanggungjawab dan kerja kami,” katanya dalam sidang media selepas Program Cakna Rasuah: SPRM Bersama Media Zon Timur di sini hari ini.
Azam berkata Tan Sri berkenaan ditahan semalam dan direman selama empat hari bermula hari ini selepas ditangkap di ibu pejabat SPRM di Putrajaya manakala suspek wanita berusia 50-an merupakan Ahli Lembaga Pengarah turut ditahan, kelmarin.
“Beliau (Tan Sri) datang ke pejabat dan kami terus tahan, kemudian kita menjalankan proses rakaman percakapan beliau sebagai orang yang ditahan,” katanya sambil memaklumkan suspek merupakan individu daripada sektor swasta dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai jenayah ekonomi.
Menurut Azam, kes berlaku kira-kira dua tahun lepas itu membabitkan pelbagai pelaburan tidak jelas namun menjanjikan pulangan tinggi dan dipercayai melibatkan kesalahan undang-undang lain.
Beliau berkata mana-mana pelaburan yang hendak dijalankan, syarikat sepatutnya mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti memandangkan terdapat undang-undang serta pemantauan oleh pihak berkuasa berkaitan.
“Syarikat Tan Sri berkenaan tidak mempunyai kelulusan dan orang ramai terus percaya. Dalam negara kita, masih ramai yang percaya kepada skim sebegini walaupun perkara ini terus berlaku,” katanya.
Sehubungan itu, Azam menasihati orang ramai supaya tidak mudah percaya kepada skim pelaburan dan membuat semakan dengan pihak berkuasa sebelum melabur, sambil memaklumkan terdapat mangsa yang mengalami kerugian hingga RM4 juta.
“Tan Sri ini menipu satu Malaysia berumur hujung 60-an dan merupakan seorang tokoh yang dikenali,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager