POLIS GAGALKAN CUBAAN SELUDUP HEROIN, MDMA BERNILAI RM80.3 JUTA
Polis menumpaskan cubaan menyeludup dadah ke Australia, membabitkan MDMA dan Heroin bernilai RM80.3 juta, menerusi pemeriksaan terhadap dua kontena di Pelabuhan Barat, Klang pada 19 Jan lepas.
KLANG: Polis menumpaskan cubaan menyeludup dadah ke Australia, membabitkan MDMA dan Heroin bernilai RM80.3 juta, menerusi pemeriksaan terhadap dua kontena di Pelabuhan Barat, Klang pada 19 Jan lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata pemeriksaan terhadap kontena pertama telah menemukan 408 kotak mengandungi 6,528 botol minyak zaitun disyaki berisi cecair dadah jenis MDMA seberat 4,064 kilogram (kg).
Beliau berkata pemeriksaan lanjut terhadap kontena kedua pula menemukan 1,831 karton jus buah mengandungi 54,930 kotak minuman disyaki berisi cecair dadah jenis heroin seberat 9,887.4 kg.
“Operasi dijalankan dengan kerjasama Australian Federal Police (AFP) dan JSJN Bukit Aman di bawah Joint Taskforce Tiger, yang menerima maklumat berhubung dua kontena kapal dari Timur Tengah yang transit di Pelabuhan Klang mengandungi bahan terlarang ini.
“Kontena-kontena ini telah dikesan transit di pelabuhan tersebut sejak 17 Jan dan maklumat awal mendedahkan kontena ini didaftarkan untuk membawa minyak zaitun dan air minuman berperisa buah-buahan,” katanya pada sidang media JSJN Bukit Aman di Ibu Pejabat Daerah Klang Selatan di sini hari ini.
Hussein berkata siasatan awal turut mendapati Pelabuhan Klang hanya dijadikan transit oleh sindiket antarabangsa dipercayai dari Timur Tengah sebelum kontena terbabit masing-masing dihantar ke Melbourne dan Sydney, Australia.
Beliau berkata JSJN dengan kerjasama AFP dan juga agensi berkaitan sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti sindiket atau organisasi antarabangsa yang terlibat dalam aktiviti haram tersebut.
“Ini bukan kali pertama kita merampas kontena (berisi dadah) yang transit di Pelabuhan Klang. Sindiket-sentiasa mencari ruang untuk menggunakan Pelabuhan Klang sebagai transit.
“Polis tidak pernah berdiam diri dan sentiasa peka terhadap setiap aktiviti jenayah terutamanya melibatkan pengedaran dadah yang boleh mencemar nama baik negara. Jadi kita akan siasat lanjut sama ada ia melibatkan sindiket sama atau melibatkan beberapa sindiket yang berlainan,” katanya.
Kes disiasat di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager