Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS TAHAN GELANDANGAN BAKAR MOTOSIKAL DI PANDAN MEWAH

DALAM NEGARA

POLIS TAHAN GELANDANGAN BAKAR MOTOSIKAL DI PANDAN MEWAH

Polis menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki terlibat dalam kes membakar motosikal di Pandan Mewah, dekat Kuala Lumpur awal pagi Selasa lepas, seperti tular di media sosial.

Sumber: Media sosial

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki terlibat dalam kes membakar motosikal di Pandan Mewah, dekat sini awal pagi Selasa lepas, seperti tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Khairul Anuar Khalid berkata tangkapan ke atas suspek yang merupakan seorang gelandangan, dibuat pada 9.41 malam, hari yang sama.

“Sebanyak enam laporan polis diterima, melibatkan pemilik kenderaan dan rumah yang terkesan dengan kebakaran berkenaan.

“Suspek seorang gelandangan, sebelum ini memang sentiasa menjadikan kawasan persekitaran di situ sebagai tempat tidurnya.” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khairul Anuar berkata kes yang berlaku pada 4.21 pagi, 20 Jan itu disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api.

Sebelum ini, tular sebuah rakaman video berdurasi pendek memaparkan seorang individu membakar sebuah motosikal di kawasan parkir yang turut menyebabkan kerosakan kepada harta benda berhampiran.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading