DUA PEGAWAI IMIGRESEN DISYAKI LANGGAR SOP PENGELUARAN PASPORT DITAHAN
Tiga individu termasuk dua pegawai Imigresen ditahan menerusi dua operasi di Johor dan Sabah pada Isnin dan semalam, selepas disyaki terlibat dalam penyalahgunaan kemudahan permohonan Pasport Malaysia secara dalam talian.
KUALA LUMPUR: Tiga individu termasuk dua pegawai Imigresen ditahan menerusi dua operasi di Johor dan Sabah pada Isnin dan semalam, selepas disyaki terlibat dalam penyalahgunaan kemudahan permohonan Pasport Malaysia secara dalam talian.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata menerusi serbuan di sebuah premis kediaman di Simpang Rengam, Johor, pihaknya menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kesalahan memberikan perakuan palsu bagi mendapatkan Pasport Malaysia.
Beliau berkata susulan penahanan itu, operasi diteruskan di Kota Kinabalu, Sabah yang membawa kepada penahanan dua lelaki masing-masing merupakan pegawai Imigresen yang dipercayai bertindak sebagai dalang utama dan “pemudah cara” kepada sindiket berkenaan.
“Siasatan awal mendapati modus operandi sindiket ini menawarkan perkhidmatan pembaharuan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) secara dalam talian kepada rakyat Malaysia yang berada di luar negara tanpa mematuhi prosedur yang ditetapkan.
“Sindiket ini mempromosikan perkhidmatan mereka melalui media sosial dan pemohon hanya perlu menyerahkan maklumat peribadi serta gambar dengan keseluruhan urusan permohonan diuruskan sindiket dengan bayaran sebanyak RM12,000 bagi setiap naskhah PMA,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Zakaria berkata pemohon juga tidak perlu hadir ke pejabat Imigresen untuk pengambilan pasport sebaliknya, PMA yang telah siap akan dipos ke luar negara melalui perkhidmatan kurier kepada ejen terbabit.
Beliau berkata operasi terbabit ialah hasil risikan terperinci dan pemantauan berterusan selama hampir dua bulan itu turut merampas dua naskhah PMA serta dokumen-dokumen permohonan PMA secara dalam talian, yang dipercayai berkaitan secara langsung dengan aktiviti sindiket tersebut.
Zakaria berkata kesemua individu yang ditahan berusia antara 32 hingga 40 tahun itu, disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Pasport 1966 dan dibawa ke Pejabat Imigresen Negeri Johor dan Sabah bagi siasatan lanjut.
“Selain itu, seorang wanita warga tempatan dan seorang lagi pegawai Imigresen telah diberikan notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.