BEKAS PTD HAFIZUDDEAIN JANTAN DIDAKWA TERIMA RM145,000 HASIL AKTIVITI HARAM
Bekas Panglima Tentera Darat (PTD) Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram bernilai RM145,000.
SHAH ALAM: Bekas Panglima Tentera Darat (PTD) Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram bernilai RM145,000.
Muhammad Hafizuddeain, 58, yang tiba pada 8.29 pagi bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin.
“Faham pertuduhan, tidak mengaku bersalah,” katanya selepas pertuduhan dibacakan satu persatu.
Muhammad Hafizuddeain ialah PTD pertama yang didakwa di mahkamah berhubung kes pengubahan wang haram berkaitan tender perolehan Tentera Darat Malaysia (TDM).
Mengikut pertuduhan, bekas pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu didakwa menerima hasil daripada aktiviti haram, iaitu wang berjumlah RM115,000 dan RM30,000 yang dimasukkan ke dalam sebuah akaun bank miliknya di sebuah cawangan bank, di Ampang Point, Ampang antara 2 Feb 2024 hingga 19 Mei 2025.Pertuduhan dikemukakan mengikut Subseksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau hasil aktiviti haram atau RM5 juta yang mana lebih tinggi, jika disabitkan kesalahan.
Semalam, Muhammad Hafizuddeain mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram lebih RM2.12 juta.
Menerusi Ops Parasit, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 7 Jan lepas menahan seorang pegawai tinggi bersama dua isterinya berkaitan projek perolehan tender Tentera Darat dan keesokan harinya, pegawai itu direman selama tujuh hari, manakala kedua-dua isterinya masing-masing direman tiga dan enam hari.
Siasatan SPRM berkaitan kes itu bermula sejak 7 Okt 2025 dan disifatkan sebagai sensitif kerana melibatkan pegawai berpangkat tinggi serta kepentingan awam.
Pada 23 Dis 2025, sepasukan pegawai SPRM hadir ke Kementerian Pertahanan untuk memulakan siasatan awal terhadap beberapa projek membabitkan Tentera Darat sejak 2023.
Sementara itu, pada Khamis lepas, media melaporkan 23 individu termasuk dua pegawai tinggi dan empat pegawai kanan ATM ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa melibatkan isu perolehan serta penggunaan dana awam, selain dakwaan menerima rasuah daripada beberapa syarikat berkaitan perolehan pembekalan di Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) dan Kementerian Pertahanan.
Mohd Nasir kemudian membenarkan Muhammad Hafizuddeain menggunakan ikat jamin RM250,000 dengan dua penjamin seperti yang diputuskan oleh Hakim Azura Alwi semalam.
Mohd Nasir turut membenarkan syarat tambahan seperti diputuskan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam, iaitu tertuduh perlu melaporkan diri sebulan sekali pada minggu pertama setiap bulan dan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai, selain menetapkan 30 Mac ini untuk sebutan semula kes.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abdul Jumaat menawarkan jaminan yang sama dikekalkan untuk pertuduhan, selain kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Sesyen 9, Kuala Lumpur untuk dibicarakan sekali pada 30 Mac depan.
“Tarikah 30 Mac 2026 telah ditetapkan sebagai penyerahan dokumen dan memandangkan kes Mahkamah Sesyen 9 (Kuala Lumpur) ada empat pertuduhan lebih RM2.1 juta melibatkan saksi yang sama dan fakta yang hampir sama cuma beza akaun bank.
“Untuk menjimatkan masa, saya mohon kedua-dua pertuduhan ini dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur,” katanya yang kemudian tidak dibantah oleh Peguam Aizul Rohan Anuar yang mewakili Muhammad Hafizuddeain.
Mohd Nasir kemudian menetapkan sebutan semula kes pada tarikh berkenaan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests