BEKAS PAT MOHD NIZAM DIDAKWA ATAS EMPAT TUDUHAN TERMASUK PECAH AMANAH RM3 JUTA
Bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT) Tan Sri Mohd Nizam Jaffar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas empat pertuduhan menggunakan kedudukan dan menerima wang berjumlah RM752,481.90 serta pecah amanah wang RM3 juta.
KUALA LUMPUR: Bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT) Tan Sri Mohd Nizam Jaffar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan menggunakan kedudukan dan menerima wang berjumlah RM752,481.90 serta pecah amanah wang RM3 juta.
Mohd Nizam, 59, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas keempat-empat pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad.
“Faham pertuduhan Yang Arif, tidak mengaku salah,” katanya yang memakai sut lengkap berwarna hitam selepas pertuduhan dibacakan satu persatu.
Terdahulu, dia yang bertongkat tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada 8.20 diiringi beberapa pegawai SPRM.
Bagi pertuduhan pertama, Mohd Nizam didakwa sebagai Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKSPA) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mempengerusikan Jawatankuasa Eksekutif Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT), telah menggunakan kedudukannya untuk suapan wang berjumlah RM267,481.90 bagi dirinya sendiri, dengan melantik Sinar Bakti Global untuk menjalankan kerja “Pembekalan Kain Pelikat Untuk Bungkusan Barang Hari Raya Bagi Tahun 2025” bernilai RM468,000.
Tertuduh juga telah melantik Sinar Raudhah Global untuk menjalankan kerja “Pembekalan Kain Batik Untuk Bungkusan Barang Hari Raya Bagi Tahun 2025” bernilai RM52,000 dan Zahra Jaya Global untuk menjalankan kerja “Pembekalan Multifunctional Folding Pliers Untuk Bungkusan Barang Hari Raya Bagi Tahun 2025” bernilai RM750,000 kepada TKAT, yang mana tertuduh mempunyai kepentingan.
Bagi pertuduhan kedua, Mohd Nizam didakwa sebagai AKSPA ATM yang mempengerusikan Jawatankuasa Eksekutif TKAT telah menggunakan kedudukannya untuk suapan wang berjumlah RM285,000 bagi dirinya, dengan melantik QMZ Resources untuk menjalankan kerja “Pembekalan Tuala Mandi Untuk Bungkusan Barang Hari Raya Bagi Tahun 2025” bernilai RM600,000.
Dia juga didakwa melantik Helmee Resources untuk menjalankan kerja “Pembekalan Beg Galas Untuk Bungkusan Barang Hari Raya Bagi Tahun 2025” bernilai RM1,725,000 kepada TKAT, yang mana tertuduh mempunyai kepentingan.
Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di Kementerian Pertahanan Malaysia, Jalan Padang Tembak, Kementah pada 24 Jun 2024.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (ASPRM) [Akta 694] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan ketiga, Mohd Nizam didakwa sebagai AKSPA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan TKAT, telah melakukan pecah amanah wang berjumlah RM3 juta milik TKAT dengan menyalahgunakan wang itu bagi membuat pelaburan tambahan di dalam syarikat Precious Amber International Berhad tanpa mendapat kelulusan Jawatankuasa Pelaburan TKAT.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di lokasi sama, pada 4 Okt 2024, mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan [Akta 574], yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan maksimum 20 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Mengikut pertuduhan keempat, Mohd Nizam didakwa sebagai PAT ATM telah menerima wang berjumlah RM200,000 tanpa balasan daripada seorang pengarah Syarikat Aspen Red Sdn Bhd yang mungkin ada kaitan dalam urusan yang akan dijalankan olehnya.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Wisma Transit Kuala Lumpur, Jalan Buku Lima, Kementah, pada Mac 2025, mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan [Akta 574] yang berdepan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Ahmad Akram Gharib, manakala Mohd Nizam diwakili Peguam Abdul Aziz Hamzah.Rosli membenarkan jaminan RM180,000 dengan seorang penjamin bagi keempat-empat pertuduhan dengan syarat tambah tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai serta dilarang mengganggu saksi pendakwaan.
Mahkamah turut menetapkan 31 Mac ini untuk sebutan kes.
Terdahulu, Ahmad Akram memaklumkan bahawa Seksyen 388 Kanun Prosedur Jenayah memperuntukkan kesalahan dilakukan tertuduh adalah tidak boleh dijamin, namun mahkamah mempunyai budi bicara untuk memberikan jaminan.
“Kami tidak membantah jika Yang Arif hendak menggunakan budi bicara itu, tetapi dengan mengambil kira keseriusan kesalahan dan kedudukan tertuduh dalam masyarakat, pihak pendakwaan mencadangkan jaminan RM300,000 dengan seorang penjamin.
“Pendakwaan juga memohon agar pasport atau dokumen perjalanan tertuduh atau pasport diplomatik jika ada, diserahkan kepada mahkamah untuk disimpan. Tertuduh juga dilarang mengganggu saksi pendakwaan yang akan disenaraikan kemudian sepanjang perbicaraan berlangsung,” katanya.
Kes berkenaan dikendalikan oleh Ahmad Akram bersama dua lagi Timbalan Pendakwa Raya, iaitu Elyza Amira Habeeb Rahman dan Nidzuwan Abd Latip.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests