Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Tan Sri Mohd Annuar Zaini pada sidang media di bangunan MAIPk hari ini. –fotoBERNAMA
IPOH: Kutipan dana bagi membeli sebahagian tanah Masjid Jamek Ar-Ridzuan di Alor Pongsu, Bagan Serai bernilai RM1.8 juta telah mencapai sasaran dan urusan jual beli dengan pemilik akan segera dilakukan.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Tan Sri Mohd Annuar Zaini berkata setakat hari ini lebih RM2.1 juta berjaya dikumpulkan.
“Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah dimaklumkan perkara ini dan saya menasihatkan agar pengurusan Masjid Jamek Ar-Ridzuan segera melakukan urusan jual beli dengan pemilik tanah.
“MAIPk sedia menghulurkan bantuan termasuk menguruskan dokumentasi pembelian dengan pemilik tanah untuk diserahkan segera kepada pejabat tanah,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Isu tanah Masjid Jamek Ar-Ridzuan sebelum ini mencuri perhatian apabila tanah yang menempatkan rumah ibadat itu dimiliki individu bukan beragama Islam apabila tanah itu dijual oleh cucu pewakaf.
Sehubungan dengan itu, ia perlu ditebus segera bagi mengelak sebarang risiko pada masa akan datang dan pemilik bersetuju untuk menjual semula tanah terbabit.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad kemudian memaklumkan kerajaan negeri akan menggunakan wang kutipan derma solat Jumaat dari seluruh negeri bagi membeli semula tanah itu.
Sementara itu, Mohd Annuar berkata MAIPk menzahirkan penghargaan kepada semua penderma dari seluruh negara yang menyalurkan sumbangan terus kepada Masjid Jamek Ar-Ridzuan.
“Saranan menteri besar agar semua masjid dan surau diri Jumaat (SDJ) menyediakan tabung khas bagi kutipan telah mengajak umat Islam untuk menjalankan melakukan ibadah dan berwakaf.
“Tuduhan mengatakan mengapa kerajaan negeri tidak biaya sahaja, kerajaan negeri lemah kerana serahkan kepada rakyat menderma, ini kenyataan tidak bertanggungjawab kerana saya yakin andai ditakdirkan masjid tidak berjaya membuat kutipan, kerajaan negeri akan mengambil tanggungjawab itu,” katanya.
Mohd Annuar berkata beliau menyerahkan sepenuhnya keputusan kepada semua pengerusi masjid dan surau untuk menyerahkan sumbangan tabung khas melalui pekeliling yang dikeluarkan kepada Masjid Jamek Ar-Ridzuan memandangkan dana sudah mencukupi.
MAIPk dan JAIPk, katanya akan melaksanakan langkah nasihat pentadbiran bagi memastikan isu tanah wakaf Masjid Jamek Ar-Ridzuan tidak berulang.
“Kita mengambil pengajaran daripada kes itu dan berkemungkinan terdapat kes yang sama yang perlu disemak semula khususnya melibatkan tanah yang diwakafkan kepada masjid atau surau.
“Langkah ini bagi memastikan kesemua pengerusi masjid atau surau perlu menyemak semula status tanah masjid atau surau di semua daerah negeri ini,” katanya. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager