STATUS NFA BUKAN BERMAKSUD SIASATAN KES SIMBAH ASID FAISAL HALIM DIHENTIKAN – SHUHAILY
Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata status NFA merujuk kepada tangkapan tiga individu serta beberapa petunjuk termasuk rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan lakaran wajah yang diedarkan sebelum ini tidak mempunyai kaitan dengan kes terbabit.
KUALA LUMPUR: Polis tetap meneruskan siasatan kes simbah asid melibatkan tonggak utama pasukan Selangor FC Muhammad Faisal Abdul Halim walaupun kes terbabit diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata status NFA merujuk kepada tangkapan tiga individu serta beberapa petunjuk termasuk rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan lakaran wajah yang diedarkan sebelum ini tidak mempunyai kaitan dengan kes terbabit.
“Ini merupakan prosedur operasi standard (SOP) dalam mana-mana siasatan. Sekiranya tangkapan tidak mempunyai kaitan atau membantu siasatan, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) akan mengklasifikasikan kes sebagai NFA sehingga wujud perkembangan atau maklumat baharu,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohd Shuhaily berkata tiga individu yang ditahan sebelum ini telah dibebaskan selepas siasatan mendapati suspek sebenar menggunakan nombor pendaftaran kenderaan palsu manakala hasil analisis forensik terhadap telefon suspek tidak menunjukkan sebarang bukti penglibatan dalam kejadian berkenaan.
Beliau berkata rakaman CCTV serta lakaran wajah yang diperoleh setakat ini juga tidak dapat mengenal pasti pelaku sebenar.
Mohd Shuhaily berkata sebarang perkembangan berkaitan kes akan dimaklumkan kepada peguam yang mewakili Faisal dari semasa ke semasa, dengan siasatan masih berjalan dan kertas siasatan akan dirujuk semula kepada pihak pendakwaan sekiranya terdapat petunjuk baharu.
Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan kes berkenaan.
Media hari ini melaporkan peguam yang mewakili Faisal memohon kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) agar kertas siasatan terhadap kes simbah asid membabitkan pemain sayap sensasi Selangor FC dan kebangsaan itu dibuka semula.
Peguam Nik Zarith Nik Moustpha berkata pihaknya telah menyerahkan surat berkenaan kepada AGC pada 15 April lepas, namun setakat ini tiada maklum balas daripada pihak terbabit.
Nik Zarith berkata pihaknya menerima surat daripada AGC pada 18 Feb lepas yang memaklumkan bahawa kes itu sudah diklasifikasikan sebagai NFA.
Pada 5 Mei tahun lepas, Faisal, 27, menjadi mangsa simbahan asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya, sekali gus mengalami kecederaan melecur tahap empat pada beberapa bahagian badan dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama 10 hari. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked