Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SULTAN NAZRIN PERKENAN 81 BELIA BACA KHUTBAH JUMAAT DI MASJID SELURUH PERAK ESOK

DALAM NEGARA

SULTAN NAZRIN PERKENAN 81 BELIA BACA KHUTBAH JUMAAT DI MASJID SELURUH PERAK ESOK

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenankan golongan belia diberi penghormatan membaca khutbah Jumaat di masjid seluruh negeri esok bersempena sambutan Hari Belia Negara pada 15 Mei ini.

Gambar fail (BERNAMA)

IPOH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenankan golongan belia diberi penghormatan membaca khutbah Jumaat di masjid seluruh negeri esok bersempena sambutan Hari Belia Negara pada 15 Mei ini.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Tan Sri Mohd Annuar Zaini berkata Sultan Nazrin juga menitahkan khutbah Jumaat di Perak esok bertemakan ‘Belia Berkeyakinan: Memenuhi Wawasan Dunia Akhirat’. 

“Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Perak telah mengemukakan 81 nama pemimpin belia kepada Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) untuk mendapat sembah perkenan Sultan Perak bagi membaca khutbah di 81 masjid,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mohd Annuar berkata pentadbir masjid dinasihatkan agar mematuhi titah tersebut dan tindakan sewajarnya boleh diambil sekiranya terdapat pihak yang ingkar.  

Beliau juga berkata isu pentadbir masjid menghalang khatib yang telah diperkenankan daripada menyampaikan khutbah tidak seharusnya berlaku kerana belia terlibat mempunyai latar belakang agama termasuk ahli dalam bidang masing-masing. 

“Ada dalam kalangan mereka mempunyai latar belakang kelulusan agama, seorang hafiz atau lulusan universiti pengajian Islam serta berupaya menyampaikan khutbah khusus berkaitan bidang masing-masing. Ini merupakan penghormatan kepada mereka. 

“Seharusnya mereka (pentadbir masjid) gembira kerana ramai dalam kalangan masyarakat Islam berupaya menyampaikan khutbah khususnya golongan anak muda,” katanya. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading