Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TENTERA ISRAEL LUASKAN SERANGAN DI UTARA TEBING BARAT

DUNIA

TENTERA ISRAEL LUASKAN SERANGAN DI UTARA TEBING BARAT

Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.  

RAMALLAH: Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.  

Perkembangan itu menandakan peningkatan ketara dalam operasi ketenteraan yang berterusan di kawasan berkenaan, lapor agensi berita rasmi Palestin (WAFA).  

Sementara itu, Menteri Pertahanan Israel Israel Katz dalam kenyataan kepada media Israel pagi ini mengesahkan bahawa arahan telah dikeluarkan supaya tentera bersiap sedia untuk tinggal lebih lama di kem pelarian, menggantung operasi Agensi Kerja dan Bantuan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) serta menghalang penduduk daripada kembali ke kediaman mereka.  

Sejak permulaan serangan Israel di utara Tebing Barat, lebih 40,000 rakyat Palestin telah dipindahkan secara paksa dari kem pelarian Jenin, Tulkarm, Nour Shams dan Al-Far’a.  

Serangan Israel ke atas Jenin dan kem pelariannya kini memasuki hari ke-34, mengakibatkan sekurang-kurangnya 27 kematian, puluhan kecederaan, lebih 160 tahanan dan kemusnahan yang meluas, termasuk perobohan sepenuhnya kira-kira 120 rumah dan kemusnahan sebahagian daripada banyak lagi kediaman lain.

Infrastruktur di kawasan itu turut mengalami kerosakan teruk.  

Hari ini, tentera Israel memperluas serangan mereka ke bandar Qabatiya, selatan Jenin, dengan mengerahkan kenderaan tentera dan jentolak tambahan. Mereka memulakan operasi menggeledah rumah  sambil memusnahkan jalan raya, talian elektrik, paip air dan kenderaan awam. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading