Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TH UMUM PERALIHAN KEPADA KONTRAK SIMPANAN WAKALAH BERKUAT KUASA 31 DIS INI

DALAM NEGARA

TH UMUM PERALIHAN KEPADA KONTRAK SIMPANAN WAKALAH BERKUAT KUASA 31 DIS INI

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan peralihan kepada kontrak simpanan berkonsepkan Wakalah yang memberi lebih nilai tambah dan manfaat kepada pendeposit tanpa menjejaskan apa-apa kemudahan dan manfaat akaun sedia ada, berkuat kuasa 31 Dis, 2019.

Dalam kenyataan hari ini, TH berkata peralihan tersebut bagi menggantikan kontrak simpanan Wadiah Yad Dhamanah yang digunakan sebelum ini.

“Menerusi kontrak baharu ini, TH adalah wakil untuk menguruskan dana pendeposit bagi tujuan aktiviti pelaburan dan operasi haji dengan keuntungan yang dijana pada setiap tahun akan diagihkan kepada pendeposit berdasarkan prestasi kewangan TH.

“TH sentiasa berusaha untuk menambah baik perkhidmatannya dengan melaksanakan pembaharuan dan penstrukturan demi manfaat pendeposit,” menurut TH.

TH berkata pendeposit tidak perlu mengisi apa-apa dokumen baharu, dan boleh berurusan seperti biasa di mana-mana pejabat cawangan TH di seluruh negara.

“Dengan mengekalkan deposit bersama TH selepas 31 Dis, 2019 pendeposit dianggap telah memberi persetujuan terhadap peralihan kepada kontrak simpanan berkonsepkan Wakalah ini,” kata TH lagi.

Terma dan syarat akaun TH boleh dirujuk di www.tabunghaji.gov.my/wakalah. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading