Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIADA PERKEMBANGAN TERBARU KES SIMBAH ASID FAISAL HALIM – MOHD SHUHAILY

DALAM NEGARA

TIADA PERKEMBANGAN TERBARU KES SIMBAH ASID FAISAL HALIM – MOHD SHUHAILY

Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mempunyai perkembangan terbaru berhubung kes serangan simbah asid melibatkan pemain kebangsaan dan Selangor FC Muhammad Faisal Halim atau Faisal Halim.

Sumber Gambar: BERNAMA

JOHOR BAHRU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mempunyai perkembangan terbaru berhubung kes serangan simbah asid melibatkan pemain kebangsaan dan Selangor FC Muhammad Faisal Halim atau Faisal Halim.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata biarpun tanpa perkembangan terkini, pihaknya sentiasa giat dan tidak berhenti menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan.

“Belum ada perkembangan (terbaru). Ingin saya tekankan, tiada kemas kini tapi bukan bermakna kita menghentikan siasatan.

“Dengan komitmen yang ditunjukkan pegawai-pegawai saya dalam kes lain juga, kita tidak pernah berhenti (siasat). Cuma perkembangan itu mungkin tidak sepertimana yang orang ramai harapkan kerana buat masa ini kita bergantung kepada risikan,” katanya pada sidang media bersama PDRM dan Singapore Police Force (SPF) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini hari ini. 

Pada 5 Mei lepas, Faisal Halim, 26, menjadi mangsa simbahan asid di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara, Kuala Lumpur menyebabkan beliau mengalami kelecuran tahap empat pada beberapa bahagian badan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading