Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIADA SEKATAN BALIK KAMPUNG UNTUK SAMBUTAN AIDILADHA – ISMAIL SABRI

DALAM NEGARA

TIADA SEKATAN BALIK KAMPUNG UNTUK SAMBUTAN AIDILADHA – ISMAIL SABRI

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini mengumumkan tiada sekatan rentas negeri bagi sambutan Hari Raya Aidiladha pada Jumaat ini (31 Julai 2020).

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, orang ramai bebas untuk pulang ke kampung halaman masing-masing atau melakukan perjalanan rentas negeri, bagaimanapun perlu memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dipatuhi.

“Tidak ada sekatan perjalanan. Masih boleh balik kampung tapi patuhi SOP.

“Walaupun kerajaan benarkan balik kampung, tapi kita jaga kita. Kita pastikan diri kita dijaga dengan mematuhi SOP yang ditetapkan,” katanya pada sidang media PKPP di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam pada itu Ismail Sabri turut memaklumkan, jumlah tetamu untuk jamuan makan di rumah ketika sambutan Aidiladha dihadkan kepada 20 orang sahaja. — AlHijrah Online / Zaim Zamani


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading