Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIDAK RASMI: GRS DAHULUI DI 29 KERUSI DUN 

DALAM NEGARA

TIDAK RASMI: GRS DAHULUI DI 29 KERUSI DUN 

Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 setakat 10.05 malam menunjukkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sedang mendahului apabila berjaya memenangi 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

KOTA KINABALU: Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 setakat 10.05 malam menunjukkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sedang mendahului apabila berjaya memenangi 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sabah mempunyai sebanyak 73 kerusi DUN dan untuk membentuk kerajaan negeri, majoriti mudah yang diperlukan ialah 37 kerusi.  

Parti Warisan pula meraih kemenangan di 18 kerusi manakala Barisan Nasional (BN) memperoleh sembilan kerusi, Pakatan Harapan (PH) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) masing-masing dua kerusi, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) serta Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) masing-masing satu. 

Sementara itu, calon Bebas merekodkan kemenangan di lima kerusi.

Keputusan itu menyaksikan Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor berjaya mempertahankan DUN Sulaman manakala Presiden Parti Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengekalkan kerusi Senallang dan Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick mempertahankan DUN Kadamaian.

Sementara itu, dua veteran politik iaitu Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) Tan Sri Anifah Aman serta bekas Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia masing-masing tewas di DUN Bongawan dan Pintasan. 

Keputusan malam ini turut memberikan kejutan apabila DAP kalah di semua lapan kerusi yang ditandingi.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading