Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

OPS SONGSANG: JANGAN NORMALISASI MAKSIAT, PANDANG RINGAN ISU KEROSAKAN AKHLAK

DALAM NEGARA

OPS SONGSANG: JANGAN NORMALISASI MAKSIAT, PANDANG RINGAN ISU KEROSAKAN AKHLAK

Susulan penahanan 203 lelaki berusia 19 hingga 60 tahun di sebuah premis di Jalan Raja Laut yang dikaitkan dengan aktiviti tidak bermoral, masyarakat diingatkan agar tidak menormalisasi maksiat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar turut menegaskan supaya masyarakat tidak memandang ringan isu keruntuhan akhlak yang mampu merosakkan generasi serta mencemarkan maruah negara.

Sumber: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Susulan penahanan 203 lelaki berusia 19 hingga 60 tahun di sebuah premis di Jalan Raja Laut yang dikaitkan dengan aktiviti tidak bermoral, masyarakat diingatkan agar tidak menormalisasi maksiat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar turut menegaskan supaya masyarakat tidak memandang ringan isu keruntuhan akhlak yang mampu merosakkan generasi serta mencemarkan maruah negara.

“Saya memandang serius laporan mengenai penahanan 203 lelaki berusia 19 hingga 60 tahun di sebuah premis di Jalan Raja Laut sebagaimana dilaporkan media.

“Kes ini membabitkan aktiviti tidak bermoral dan bercanggah dengan nilai agama, tatasusila masyarakat serta undang-undang negara.

“Tindakan ini adalah hasil Operasi Bersepadu ‘OPS SONGSANG’ oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama DBKL, KKM dan JAWI,” katanya.

Beliau turut mengambil maklum laporan bahawa sebahagian individu yang dikenal pasti merupakan penjawat awam, sesuatu yang amat membimbangkan dan menuntut pendekatan lebih tegas dalam intervensi akhlak serta integriti perkhidmatan awam.

“Saya menyokong penuh tindakan penguatkuasaan PDRM, DBKL dan JAWI dalam usaha membanteras aktiviti tidak bermoral serta salah laku seksual. Hasil siasatan penuh akan dirujuk kepada agensi berkaitan bagi tindakan lanjut termasuk pendakwaan.

“Saya telah mengarahkan JAKIM dan JAWI bersama agensi berkaitan untuk memperkukuh program pencegahan, advokasi akhlak dan pendidikan nilai, khususnya kepada golongan belia, profesional dan komuniti bandar,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa rakyat Malaysia mendambakan sebuah negara maju yang tinggi akhlaknya, kuat jati dirinya dan diredhai Tuhan.

Beliau turut berdoa agar Allah SWT memelihara masyarakat negara ini daripada kerosakan akhlak serta mengurniakan taufik untuk kembali kepada fitrah dan nilai yang suci. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading