24,000 MURID ASNAF DI SELURUH NEGARA AKAN TERIMA BANTUAN KELENGKAPAN SEKOLAH
Sebanyak 24,000 murid asnaf di seluruh negara akan menerima set kelengkapan persekolahan yang keseluruhannya bernilai RM4.39 juta melalui Program Jom Ke Sekolah (JKS) 2026 anjuran Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
BUKIT MERTAJAM: Sebanyak 24,000 murid asnaf di seluruh negara akan menerima set kelengkapan persekolahan yang keseluruhannya bernilai RM4.39 juta melalui Program Jom Ke Sekolah (JKS) 2026 anjuran Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata pemberian itu termasuk bantuan kepada 600 murid di Pematang Pauh di sini melibatkan jumlah RM109,800.
Beliau berkata inisiatif berkenaan merupakan komitmen Yayasan Taqwa untuk meringankan beban keluarga asnaf serta memastikan anak-anak dapat memulakan sesi persekolahan dalam keadaan lengkap.
“Melalui bantuan ini, ibu bapa tidak perlu lagi bimbang mengenai pakaian, kasut serta alat tulis anak-anak menjelang pembukaan sekolah 2026. Harapan kita ialah agar murid asnaf belajar bersungguh-sungguh, memiliki adab, akhlak dan menghormati ibu bapa serta guru,” katanya semasa merasmikan majlis itu hari ini.
Mohd Na’im berkata Yayasan Taqwa sebagai agensi di bawah MAIWP turut berperanan membantu asnaf di luar Wilayah Persekutuan melalui pelbagai inisiatif pendidikan dan kebajikan, manakala kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Islam Negeri membolehkan penerima asnaf dikenal pasti dengan lebih tepat.
Beliau berkata falsafah pendidikan yang menjadi asas program itu selaras dengan gagasan negara MADANI yang menekankan pembinaan nilai, adab dan penguasaan ilmu sebagai pemangkin perubahan masyarakat.
Menurut beliau, pemberian bantuan zakat secara sekali bayar sahaja tidak memadai, justeru MAIWP menyediakan lebih 35 skim termasuk latihan keusahawanan melalui agensi seperti Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM).
Beliau berkata hasrat kerajaan ialah melihat golongan asnaf bukan sahaja keluar daripada kepompong kemiskinan secara menyeluruh, tetapi turut bangkit sebagai usahawan berjaya dan akhirnya menjadi pembayar zakat.
Sementara itu, Mohd Na’im berkata ibu bapa diseru supaya memberi sokongan moral kepada anak-anak untuk hadir ke sekolah dan memanfaatkan bantuan yang diterima.
“Ini amanah yang dibawa oleh Kementerian Pendidikan agar anak-anak mendapat pendidikan sempurna dan menjadi generasi ilmuwan yang berakhlak mulia,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked