OPERASI SAR ANGGOTA POLIS DIPERCAYAI DIHANYUT ARUS DERAS DI SEPANG DITERUSKAN
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang anggota polis yang hilang selepas dipercayai dihanyutkan arus deras malam tadi giat dijalankan dengan kekuatan kira-kira 60 anggota daripada pelbagai agensi.
SEPANG: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang anggota polis yang hilang selepas dipercayai dihanyutkan arus deras malam tadi giat dijalankan dengan kekuatan kira-kira 60 anggota daripada pelbagai agensi.
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman berkata operasi melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta bantuan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai dan penduduk kampung.
Beliau berkata operasi SAR digerakkan semula pada 7.30 pagi tadi selepas usaha awal dilakukan sejurus laporan kejadian diterima kira-kira 10.30 malam tadi.
“Malam tadi kita mula SAR sekitar 11 malam dan berakhir 4.30 pagi tadi. Setakat ini mangsa yang berusia 23 tahun masih belum ditemukan. Kita tidak boleh sahkan sama ada mangsa lemas atau sebaliknya kerana tiada petunjuk jelas kecuali barangan peribadi dalam kenderaan yang disahkan milik mangsa.
“Barang peribadi ditemui antaranya ‘pouch’ yang mengandungi kad pengenalan polis, kasut operasi dan jaket,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di lokasi kejadian di Kampung Giching di sini hari ini.
Norhizam berkata pasukan bomba telah melakukan empat kali selaman setakat hari ini selain usaha ‘flushing’ dijalankan menyusuri aliran sungai hingga ke kawasan ladang solar Labu Lanjut, sejauh 2.5 kilometer (km) dari lokasi kejadian kerana kemungkinan mangsa dihanyutkan lebih jauh.
Beliau berkata berdasarkan maklumat saksi, mangsa dilihat berpaut pada papan tanda berhampiran keretanya sebelum hilang dibawa arus deras pada waktu kejadian.
Ditanya sekiranya mangsa tidak ditemui hari ini, Norhizam berkata Unit Udara JBPM akan digerakkan serta penggunaan anjing pengesan (K9) namun kaedah itu bergantung kepada keadaan paras air yang kini semakin surut.
“Usaha pencarian akan diteruskan hingga mangsa ditemukan dan kita amat menghargai kerjasama semua agensi yang silih berganti membantu,” katanya.
Beliau berkata berdasarkan maklumat awal mangsa yang berkhidmat di IPD Nilai itu difahamkan dalam perjalanan menuju ke tempat kerja selepas menziarahi keluarganya di sini.
“Polis mengklasifikasikan kes ini sebagai orang hilang dan akan memaklumkan perkembangan dari semasa ke semasa,” katanya.
Media melaporkan seorang pemandu kereta dipercayai lemas selepas gagal berenang meninggalkan kenderaan Perodua Bezza dinaikinya yang terbabas ke dalam parit di kawasan dilanda banjir berhampiran Klinik Desa Giching, malam tadi.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked