Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIGA MANGSA GEMPA DITEMUI MASIH HIDUP SELEPAS HAMPIR 13 HARI 

DALAM NEGARA

TIGA MANGSA GEMPA DITEMUI MASIH HIDUP SELEPAS HAMPIR 13 HARI 

Pasukan penyelamat di Turkiye menemukan tiga mangsa, termasuk seorang kanak-kanak masih hidup di bawah runtuhan pangsapuri selepas 296 jam gempa bumi kuat melanda negara itu.

Sumber gambar: AFP

ISTANBUL: Pasukan penyelamat di Turkiye menemukan tiga mangsa, termasuk seorang kanak-kanak masih hidup di bawah runtuhan pangsapuri selepas 296 jam gempa bumi kuat melanda negara itu, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Rakaman oleh penyiar tempatan TRT memaparkan pasukan penyelamat mengusung seorang lelaki dan seorang wanita.

Sementara itu, pasukan perubatan dilihat sedang merawat seorang kanak-kanak.

Tiada maklumat lanjut mengenai mangsa berkenaan, dan laporan mengenai operasi menyelamat di daerah Antakya wilayah Hatay itu belum dapat disahkan.

Lebih 40,000 anggota penyelamat tempatan dan asing meneruskan usaha mencari dan menyelamat di seluruh tenggara Turkiye, menurut pihak berkuasa bencana AFAD pada Jumaat.

Jumlah mangsa yang terbunuh akibat gempa bumi 6 Februari lalu meningkat kepada 39,672 orang pada Jumaat. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading