DALAM NEGARA
TUJUH SUSPEK DITAHAN KES KEKECOHAN DI KAMPUNG SUNGAI BARU
Polis menahan tujuh suspek berhubung insiden kekecohan ketika operasi pengosongan 37 unit rumah teres di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur pada Khamis lepas.
Polis menahan tujuh suspek berhubung insiden kekecohan ketika operasi pengosongan 37 unit rumah teres di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur pada Khamis lepas.

KUALA LUMPUR: Polis menahan tujuh suspek berhubung insiden kekecohan ketika operasi pengosongan 37 unit rumah teres di Kampung Sungai Baru di sini pada Khamis lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata kesemua suspek lelaki berusia antara 15 hingga 50 tahun itu ditahan dengan enam daripada mereka direman dua hingga tiga hari bermula semalam, manakala seorang lagi telah didakwa di mahkamah.
“Suspek yang dituduh, iaitu lelaki berusia 26 tahun mengaku bersalah, didenda RM1,500 dan ketika ini telah dibebaskan.
“Polis akan memohon pelanjutan reman untuk suspek lain bagi meneruskan siasatan. Ada antara yang ditahan itu mempunyai rekod lampau jenayah pecah rumah dan kes lain,” katanya dalam sidang media di sini malam tadi.
Fadil berkata setakat ini tiga kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 186, 353 dan 324 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata siasatan mendapati mereka yang ditahan bukan penduduk yang beralamat di Kampung Sungai Baru, sebaliknya dipercayai ketua serta ahli kepada satu pertubuhan.
“Saya masih tidak dapat mendedahkan jika mereka ini ada agenda atau kepentingan lain kerana siasatan masih dijalankan. Saya juga ingin menegaskan jika didapati ada lagi tindakan agresif ke atas penguat kuasa, tindakan awal akan segera dilakukan,” katanya.
Beliau berkata polis masih mengesan beberapa lagi suspek berhubung kes itu dan tidak menolak kemungkinan lebih banyak tangkapan akan dilakukan.
“Kita juga minta kerjasama orang ramai yang menyimpan video-video berkaitan dengan insiden tersebut untuk berkongsi video itu dengan polis bagi membantu siasatan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizmie Affendy Sulaiman yang mengalami kecederaan di kepala dalam insiden berkenaan masih menerima rawatan, namun dalam keadaan baik dan tidak dimasukkan ke wad hospital.–AlHijrah Online
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang membongkar kegiatan menyeludup rokok dan minuman keras tidak bercukai...
Persiapan Tabung Haji (TH) bagi musim haji 1447H/2026M mencapai 100 peratus dengan semua aspek utama telah...
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengesahkan bekalan bahan api di seluruh rangkaian stesennya di serata negara adalah...
Polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung penemuan seorang bayi perempuan yang...
Keperluan dan bekalan ubat-ubatan dalam negara kekal stabil sekurang-kurangnya hingga penghujung Jun ini, justeru orang ramai...
We use cookies to improve your experience on our site. By using our site, you consent to cookies.
Manage your cookie preferences below:
Essential cookies enable basic functions and are necessary for the proper function of the website.
These cookies are needed for adding comments on this website.
Statistics cookies collect information anonymously. This information helps us understand how visitors use our website.
Google Analytics is a powerful tool that tracks and analyzes website traffic for informed marketing decisions.
Service URL: policies.google.com (opens in a new window)
Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.