SEORANG MAUT EMPAT CEDERA DALAM KEMALANGAN BABIT TIGA KENDERAAN DI SUNGAI IKAN
Seorang wanita warga emas maut manakala empat lagi cedera selepas kereta yang mereka naiki dirempuh dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Sungai Ikan, Kuala Terengganu tengah malam tadi.
KUALA TERENGGANU: Seorang wanita warga emas maut manakala empat lagi cedera selepas kereta yang mereka naiki dirempuh dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Sungai Ikan, di sini tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Rohani Hashim, 62, yang menaiki Perodua Aruz dipandu anak perempuannya bersama tiga lagi ahli keluarga.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Aruz, Naza Citra dan Proton Saga pada 12.05 tengah malam.
“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila Naza Citra yang dipandu wanita berusia 29 tahun dari Jerteh telah memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Perodua Aruz yang datang dari arah Pulau Pinang, difahamkan dalam perjalanan untuk bercuti.
“Perlanggaran itu menyebabkan Naza Citra berpusing sebelum dirempuh sebuah Proton Saga yang dipandu lelaki berusia 37 tahun yang datang dari arah Kemaman. Pada awalnya pemandu Proton Saga berkenaan cuba mengelak, namun bergesel pada bahagian sisi Naza Citra,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Azli berkata dua lagi penumpang Perodua Aruz dilaporkan mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Bagaimanapun, pemandu Proton Saga bersama isteri serta tiga anaknya dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Mayat dibawa ke Unit Forensik HSNZ untuk tindakan lanjut sementara pemandu Naza Citra yang cedera juga dibawa ke hospital sama untuk rawatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Beliau menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati terutama pada musim cuti persekolahan yang baru bermula.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager