LAPAN RESOLUSI PENTING PERKUKUH PERANAN AGENSI AGAMA DITELITI — MOHD NA’IM
Sebanyak lapan resolusi penting akan diteliti untuk dilaksanakan bagi memperkukuh peranan agensi agama dalam tadbir urus serta penyampaian perkhidmatan hal ehwal Islam.
ISKANDAR PUTERI: Sebanyak lapan resolusi penting akan diteliti untuk dilaksanakan bagi memperkukuh peranan agensi agama dalam tadbir urus serta penyampaian perkhidmatan hal ehwal Islam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata resolusi itu disyorkan menerusi Konvensyen Pengurusan Hal Ehwal Islam Kali Ke-3 yang diadakan baru-baru ini.
Beliau berkata ia merangkumi usaha memperkukuh tadbir urus termasuk mengoptimumkan fungsi Jabatan Kemajuan Islam sebagai badan peneraju industri (industry lead body- ILB).
“Memperkasakan jaringan kerjasama strategik dan kolaborasi sektor awam, swasta dan komuniti dalam usaha pengislahan ummah secara bersepadu dan berkesan bermula dari peringkat awal usia kanak-kanak.
“Selain itu, melestari transformasi perkhidmatan hal ehwal Islam agar kekal relevan dan mendepani cabaran melalui kajian berkualiti, pembangunan dasar bersifat inklusif dan memberi impak signifikan terhadap pembangunan ummah melalui peruntukan bersesuaian untuk pelaksanaan kajian,” katanya pada Majlis Penutup Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia (IJPAM) 2025 yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sini hari ini.
Mohd Na’im berkata resolusi itu antara lain memfokuskan usaha membangunkan kompetensi menyeluruh menerusi perkongsian kepakaran dalam penempatan silang agensi agama dalam dan luar negara yang diiktiraf sebagai praktis terbaik dalam tatakelola tadbir urus organisasi.
Beliau berkata selain itu, penstrukturan pembangunan agensi hal ehwal agama Islam menerusi pertambahan perjawatan atase agama di luar negara, perjawatan di agensi badan berkanun Persekutuan atau negeri dan syarikat berkaitan kerajaan.
“Kita juga akan meneliti untuk menambah baik infrastruktur dan penyelenggaraan institusi agama agar memenuhi keperluan dalam penyampaian perkhidmatan yang cemerlang.
“Seterusnya, melatih dan menyediakan pelapis ulama muda menerusi program atau latihan berimpak tinggi dan berstrategi bagi memastikan penyampaian dakwah secara berkesan kepada ummah,” katanya.
Mohd Na’im berkata jaringan maklumat dan data juga akan diperkasakan menerusi reformasi digital secara bersepadu antara agensi agama dan agensi lain agar kebolehcapaian data dapat dilaksanakan dengan lebih cekap, pantas dan tepat.
Konvensyen Pengurusan Hal Ehwal Islam Kali Ke-3 merupakan antara pengisian IJPAM 2025 yang diadakan di Johor selama enam hari bermula 8 Sept lepas dengan menghimpunkan 20 agensi agama dan 2,400 penyertaan.
Turut diadakan Seminar Halal Serantau, Pameran Perkhidmatan dan Industri Halal sempena Seminar Halal Serantau, Program Semarak Subuh dan Fun Run serta Kejohanan Sukan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.