PEMBANGUNAN NEGARA MAJU PERLU BERTERASKAN NILAI KEMANUSIAAN – PM ANWAR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pembangunan sebuah negara maju perlu berteraskan nilai kemanusiaan seperti akhlak, disiplin serta semangat ihsan.
MERSING: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pembangunan sebuah negara maju perlu berteraskan nilai kemanusiaan seperti akhlak, disiplin serta semangat ihsan.
Beliau berkata petanda berjaya atau tidak sesebuah negara itu adalah berasaskan nilai kemanusiaan dan bukan pencapaian ekonomi, teknologi digital atau kecerdasan buatan (AI) semata-mata.
“Kita bangga dengan ilmu dan kecemerlangan dalam pendidikan, kita bangga dengan kemahiran, tapi kita harus lebih bangga mengasah nilai karamah insan,” katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Pengakap Johor (PAPJ) ke-27 di Pantai Tanjung Leman, Mersing hari ini.
Sehubungan itu, beliau berkata nilai-nilai kemanusiaan yang ditekankan dalam persatuan pengakap seperti disiplin, kemahiran dan persaudaraan perlu diterapkan dalam kehidupan kerana kemanusiaan tidak dapat dibentuk menerusi mesin atau AI.
“Malaysia sebagai negara MADANI betul nak pacu pertumbuhan ekonomi, betul nak menguasai digital, tenaga baharu, AI, tetapi yang kita nak latih dan pupuk itu semangat manusia.
“Manusia ini tidak boleh dibentuk hanya dengan mesin, dia dibentuk dengan akhlak, disiplin, dengan semangat ihsan antara kawan-kawan, keluarga, kawan-kawan sekolah dan pelbagai kaum serta agama di negara kita ini,” katanya.
Turut hadir Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Dr Johari Abdul.
Menurut Anwar prinsip Islam yang menekankan kasih sayang terhadap sesama makhluk juga mesti menjadi panduan kerana tanpanya manusia akan menjadi rakus dengan merosakkan alam sekitar termasuk penebangan hutan secara berleluasa.
Menyentuh berkaitan isu sosial seperti gejala buli di sekolah, beliau berkata ia bertentangan dengan nilai kemanusiaan sebenar.
Dalam pada itu, Perdana Menteri mengumumkan peruntukan RM100,000 kepada Pengakap Malaysia bagi menjayakan program perkhemahan tersebut.
“Untuk perkhemahan ini saya umum RM100,000 (untuk jayakan lagi program ini). Saya cuba paling lambat hari Isnin ini (supaya peruntukan itu diluluskan) kerana kita tidak mahu lambatkan (proses penyalurannya),” katanya.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada para pengakap dari dalam dan luar negara termasuk Singapura, Indonesia, Hong Kong dan beberapa delegasi antarabangsa yang hadir menyertai PAPJ27, yang disifatkannya sebagai bukti persahabatan merentasi sempadan.
PAPJ27 yang berlangsung bermula hari ini hingga 17 Sept di sini menghimpunkan lebih 4,000 pengakap dari seluruh Malaysia dan negara jiran sebagai medan memperkukuh disiplin, perpaduan serta persahabatan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.