SPRM BONGKAR KES SUAMI ISTERI PEGAWAI PENGUAT KUASA GUNA DUIT RASUAH BUKA KEDAI EMAS
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar kegiatan sepasang suami isteri, yang juga pegawai penguat kuasa membuka sebuah kedai emas disyaki hasil rasuah.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar kegiatan sepasang suami isteri, yang juga pegawai penguat kuasa membuka sebuah kedai emas disyaki hasil rasuah.
Pasangan suami isteri berusia lingkungan 40-an itu dipercayai berperanan mengatur kemasukan warga asing yang tidak memiliki dokumen lengkap ke negara ini tanpa mematuhi undang-undang sejak empat tahun lepas.
Menerusi laman Tiktok rasmi SPRM, agensi itu mendedahkan hasil siasatan mendapati pasangan terbabit menggunakan nama anak mereka dan adik wanita berkenaan sebagai proksi bagi membuka kedai emas dengan modal kira-kira RM600,000.
Pasangan terbabit yang ditahan menerusi Op Dygo itu direman selama lima hari sehingga esok setelah Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka membenarkan permohonan reman SPRM.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata suspek berkenaan terlibat dalam tugasan program pemutihan yang bertujuan memberi peluang kepada majikan mendapatkan permit kerja sah bagi pekerja mereka yang tidak memiliki permit kerja.
Beliau berkata menerusi program itu, majikan perlu menghantar fail-fail pekerja warga asing mereka untuk dibuat semakan pertama oleh bahagian penguat kuasa.
“Setelah melepasi peringkat pertama tapisan, majikan yang mempunyai fail-fail warga asing perlu membawa fail berkenaan kepada suspek untuk menentukan semua dokumen sudah lengkap sebelum memperoleh Akaun Penerimaan (AP).
“Bagaimanapun, bagi mempercepatkan proses berkenaan daripada tujuh hari kepada tiga hari sahaja, majikan dipercayai perlu membayar RM700 bagi setiap seorang warga asing,” katanya.
Ahmad Khusairi berkata bayaran rasuah itu diterima secara tunai serta diagihkan kepada pegawai lain yang menguruskan fail dan suspek menerima RM150 bagi setiap warga asing.
Beliau berkata dalam tempoh empat tahun bermula 2020, suspek dipercayai telah mengumpul kira-kira RM900,000 yang digunakan untuk membuka kedai emas dan selebihnya membeli sebuah kereta mewah.
Dalam pada itu, beliau berkata semasa serbuan, kedai barangan kemas di Pahang itu mempunyai simpanan emas dianggarkan seberat tiga kilogram dengan nilai harga semasa kira-kira RM1.4 juta.
Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) ASPRM 2009.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager