Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TUN M DIRAWAT DI IJN SELEPAS TERJATUH DI RUMAH AWAL PAGI TADI

DALAM NEGARA

TUN M DIRAWAT DI IJN SELEPAS TERJATUH DI RUMAH AWAL PAGI TADI

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di sini pada 9.30 pagi tadi selepas dilaporkan terjatuh di kediamannya. 

Sumber: ARKIB

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di sini pada 9.30 pagi tadi selepas dilaporkan terjatuh di kediamannya. 

Setiausaha Akhbar beliau, Sufi Yusoff mengesahkan perkara itu menerusi makluman di saluran kumpulan media rasmi Dr M Media Updates di aplikasi WhatsApp hari ini.

Beliau berkata pemimpin berusia 100 tahun itu dikejarkan ke IJN oleh ambulans dan dilaporkan dalam keadaan sedar.

“Beliau telah terjatuh pada awal pagi tadi dan pada kebiasaannya, perkara itu memerlukan pemerhatian lanjut di hospital.

“Saya difahamkan beliau telah terjatuh ketika bergerak dari satu bahagian di balkoni rumah untuk ke ruang tamu,” katanya.

Sufi berkata keadaan terkini Dr Mahathir akan dimaklumkan selepas beliau selesai menjalani pemeriksaan oleh pakar IJN.

Bekas Perdana Menteri ke-4 dan ke-7 itu pernah dirawat di IJN pada 13 Julai tahun lepas akibat keletihan namun beliau telah dibenarkan keluar pada hari yang sama.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading