Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LINDUNG PENDATANG TANPA IZIN: SPRM TAHAN TIGA PENGUAT KUASA, SEORANG WANITA

DALAM NEGARA

LINDUNG PENDATANG TANPA IZIN: SPRM TAHAN TIGA PENGUAT KUASA, SEORANG WANITA

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka menahan empat individu termasuk tiga anggota penguat kuasa sebuah jabatan kerajaan di negeri itu semalam, selepas disyaki terlibat rasuah berkaitan perlindungan pekerja asing tanpa izin.

Sumber: BERNAMA

MELAKA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka menahan empat individu termasuk tiga anggota penguat kuasa sebuah jabatan kerajaan di negeri itu semalam, selepas disyaki terlibat rasuah berkaitan perlindungan pekerja asing tanpa izin.

Menurut sumber kesemua suspek termasuk seorang wanita yang merupakan isteri kepada penguat kuasa terlibat, berusia dalam lingkungan 30 hingga 50 tahun ditahan di Pejabat SPRM Melaka dari 11.50 pagi hingga 4.50 petang.

Dua anggota penguat kuasa itu dipercayai menerima wang suapan secara bulanan daripada majikan atau syarikat sekitar Melaka sebagai balasan untuk melindungi premis serta tidak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap kesalahan menggaji pekerja asing tanpa izin atau tanpa permit kerja sah. 

“Wanita terbabit disyaki bersubahat dengan suaminya iaitu membantu mengurus serta menerima wang suapan daripada majikan terlibat. Bayaran dibuat secara tunai melalui serahan tangan dan juga transaksi bank,” katanya.

Seorang lagi penguat kuasa daripada jabatan sama ditahan kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah daripada pengurus sebuah restoran sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap warga asing yang bekerja tanpa dokumen perjalanan yang sah awal tahun lepas.

Kesemua suspek direman sehingga 11 Jan selepas permohonan reman dibenarkan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman di Mahkamah Majistret Ayer Keroh.

Pengarah SPRM Melaka Datuk Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan memaklumkan kes tersebut merupakan hasil kerjasama risikan dan operasi bersama-sama polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading