SUSPEK REMPUH PELAJAR UNISZA MILIKI REKOD RAWATAN PSIKIATRI – POLIS
Pemandu kereta Honda Jazz yang terlibat dalam kemalangan maut membabitkan pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di persimpangan lampu isyarat berhampiran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jalan Kemajuan, di Kuala Terengganu semalam disahkan menghidap Major Depressive Disorder (MDD)
KUALA TERENGGANU: Pemandu kereta Honda Jazz yang terlibat dalam kemalangan maut membabitkan pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di persimpangan lampu isyarat berhampiran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jalan Kemajuan, di sini semalam disahkan menghidap Major Depressive Disorder (MDD).
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata berdasarkan laporan, lelaki berusia 32 tahun itu telah beberapa kali menjalani rawatan psikiatri di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) mulai Januari 2025.
Beliau berkata lelaki berkenaan kini dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di hospital sama akibat patah tangan kanan dan luka di beberapa bahagian badan akibat kemalangan itu.
“Suspek masih hidup, belum meninggal dunia seperti yang tular menerusi media sosial. Dia sedang dirawat di HSNZ dan perlu menjalani pembedahan kerana kecederaan tangan yang teruk,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Azli berkata siasatan lanjut pihaknya mendapati sebelum kemalangan, lelaki itu telah mencuri beberapa barangan termasuk wang tunai berjumlah RM200 daripada sebuah kereta yang diparkir di sekitar Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini kira-kira 1.45 tengah hari.
Beliau berkata selepas mengambil barangan dan wang, suspek masuk kembali ke dalam keretanya dan memecut kenderaan sehingga berlaku kemalangan di Jalan Kemajuan sepertimana rakaman papan pemuka.
“Semakan oleh JPJ mendapati kereta Honda Jazz dipandu suspek adalah milik adiknya, bukan kenderaan curi seperti yang didakwa dan ditularkan oleh pelbagai pihak menerusi media sosial,” katanya.
Sehubungan itu, Azli mengingatkan orang ramai supaya menghentikan sebarang penyebaran maklumat tidak sahih bagi menghormati serta menjaga sensitiviti keluarga mangsa dan suspek, selain memberi ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh serta telus.
“Suspek akan ditahan bagi tujuan siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 apabila selesai menjalani pembedahan dan benar-benar sihat,” katanya.
Dalam kejadian pada 1.55 tengahari semalam, mangsa Syakirah Hanan Mazli, 25, yang memandu Perodua Viva dari arah UniSZA menghala ke Bukit Kecil di sini, ingin membelok ke kanan setelah lampu isyarat bertukar hijau sebelum dirempuh Honda Jazz yang datang dari arah bertentangan.
Kemalangan itu menyebabkan pelajar semester dua Diploma Pascasiswazah Pendidikan di UniSZA itu meninggal dunia di lokasi kejadian.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.