Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TULANG PINGGUL TUN M PATAH AKIBAT TERJATUH

DALAM NEGARA

TULANG PINGGUL TUN M PATAH AKIBAT TERJATUH

Tulang pinggul kanan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad disahkan patah akibat terjatuh di kediamannya, pagi tadi.

Gambar ARKIB. Sumber: AFP

KUALA LUMPUR: Tulang pinggul kanan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad disahkan patah akibat terjatuh di kediamannya, pagi tadi.

Setiausaha Akhbarnya Sufi Yusoff mengesahkan kejadian tersebut dan Dr Mahathir dijangka akan dirawat untuk beberapa minggu di Institut Jantung Negara (IJN).

Terdahulu, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN di sini pada 9.30 pagi tadi selepas dilaporkan terjatuh di kediamannya. 

Pemimpin berusia 100 tahun itu dikejarkan ke IJN menaiki ambulans dan dilaporkan dalam keadaan sedar.

“Beliau telah terjatuh pada awal pagi tadi dan pada kebiasaannya, perkara itu memerlukan pemerhatian lanjut di hospital.

“Saya difahamkan beliau telah terjatuh ketika bergerak dari satu bahagian di balkoni rumah untuk ke ruang tamu,” katanya.

Bekas Perdana Menteri ke-4 dan ke-7 itu pernah dirawat di IJN pada 13 Julai tahun lepas akibat keletihan namun beliau telah dibenarkan keluar pada hari yang sama.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading