NELAYAN HILANG: HIDANGAN UDANG GORENG JADI KENANGAN TERAKHIR – IBU
Hidangan udang goreng disediakan Allahyarham Mohd Saiful Azli Ahmad untuk makan tengah hari Jumaat lepas, menjadi kenangan terakhir buat keluarganya sebelum nelayan itu dilaporkan hilang pada hari sama dan ditemukan lemas hari ini
BATU PAHAT: Hidangan udang goreng disediakan Allahyarham Mohd Saiful Azli Ahmad untuk makan tengah hari Jumaat lepas, menjadi kenangan terakhir buat keluarganya sebelum nelayan itu dilaporkan hilang pada hari sama dan ditemukan lemas hari ini.
Ibu Mohd Saiful Azli, Khatijah Rahindi, 74, berkata arwah anaknya gemar memasak udang dengan pelbagai jenis masakan dan pastinya selepas ini mereka sekeluarga merindui air tangan anak sulung daripada tiga beradik itu.
Warga emas itu berkata dia tidak menyangka hari berkenaan menjadi pertemuan terakhir mereka sebelum Mohd Saiful Azli, 45, keluar untuk memeriksa bubu udang yang dipasang di sekitar perairan Sungai Dulang, Rengit.
“Arwah seorang yang periang dan penyayang terhadap anak saudaranya. Pada hari itu (Jumaat), dia kelihatan agak senyap, tetapi kami sekeluarga tidak menyangka apa-apa sehingga kami menyedari dia tidak pulang seperti kebiasaannya.
“Setelah itu, pelbagai usaha kami lakukan termasuk membaca surah Yasin dan solat hajat berjemaah hingga tengah malam dan akhirnya kami bersyukur jasad anak saya ditemukan,” katanya yang ditemui di Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Nora Ismail di sini hari ini.
Adik mangsa, Nur Syaza Lina, 40, berkata hanya “Allahuakbar” terlafaz daripada mulutnya sebaik jasad abangnya dijumpai di Sungai Sarang Burung pada 9.16 pagi tadi, kira-kira dua kilometer dari lokasi dilaporkan hilang.
“Saya bersyukur abang ditemukan (mayat) kerana pelbagai cabaran dilalui sepanjang pencarian sejak Sabtu lepas. Saya pernah terfikir abang hanyut ke tempat lain sekali gus sukar untuk dijumpai,” katanya.
Nur Syaza Lina berkata jenazah Mohd Saiful Azli dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tongkang, bersebelahan dengan kubur arwah nenek mereka selewat-lewatnya malam ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata usaha mencari seorang lagi nelayan yang hilang iaitu Mohd Fadzli Misran, 41, giat dijalankan oleh pelbagai agensi penyelamat.
Mohd Saiful Azli dan Mohd Fadzli, dilaporkan hilang selepas kedua-duanya keluar memeriksa bubu udang dan memancing kira-kira 800 meter dari Jeti Sungai Tongkang, Jumaat lepas.
Kehilangan mereka disedari ahli keluarga selepas kedua-duanya tidak pulang ke rumah sebelum menemukan kenderaan milik mangsa di jeti berkenaan dan membuat laporan polis.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.