SEPANG: Sebuah stesen minyak wakaf di atas tanah wakaf Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mula beroperasi pada penghujung 2025, dengan separuh daripada manfaatnya akan disalurkan kepada umat Islam melalui Masjid Sungai Ramal Luar.
Menurut Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), projek bersejarah itu bukan sahaja menyediakan kemudahan kepada orang ramai, malah menjadikan wakaf sebagai sumber ekonomi mampan untuk kebajikan dan pembangunan ummah.
Ketua Pegawai Eksekutif PWS, Anuar Hamzah Tohar berkata, projek tersebut membuktikan bahawa wakaf mampu dimajukan secara komersial tanpa menjejaskan tujuan asalnya, sebaliknya memberi pulangan berterusan kepada masyarakat Islam seperti yang diniatkan oleh pewakaf.
Menurut beliau, stesen minyak itu dibangunkan menggunakan konsep Dealer-Owned Dealer-Operated (DODO) bagi memastikan pengurusan operasi yang mampan dan berdaya saing, sekali gus menjamin pulangan optimum kepada wakaf.
Selain stesen minyak, projek itu turut merangkumi sebuah restoran makanan segera dua tingkat yang mampu menjana pendapatan tambahan serta membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
“Insya-Allah, aset wakaf ini bukan sahaja menjana pendapatan berterusan, malah menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi umat Islam di Selangor. Hasilnya akan dimanfaatkan semula untuk masjid, masyarakat dan aktiviti kebajikan,” katanya dalam hantaran media sosial PWS.
Projek pembangunan tersebut melibatkan kos keseluruhan kira-kira RM9 juta yang merangkumi pembinaan bangunan, infrastruktur serta khidmat perunding dan dibiayai sepenuhnya melalui dana wakaf tunai orang ramai.
Selain itu, pengurusan dan operasi stesen minyak itu dikendalikan oleh WS Energy 1 Sdn. Bhd. (WSE1), anak syarikat milik penuh PWS yang ditubuhkan khusus bagi menguruskan projek-projek wakaf berimpak tinggi.
Ia sekali gus menjadikan projek berkenaan antara yang terawal di Selangor dan Malaysia yang menggabungkan pembangunan wakaf dengan perniagaan stesen minyak secara profesional.
Anuar turut menegaskan komitmen PWS untuk terus memperkasa pembangunan tanah-tanah wakaf di Selangor secara bersepadu dan progresif agar manfaatnya dapat dinikmati untuk jangka panjang oleh umat Islam.
Beliau dalam pada itu menyeru masyarakat Islam agar terus melazimi ibadah wakaf kerana ia bukan sekadar amalan kebajikan, malah satu pelaburan akhirat yang menjamin ganjaran pahala berterusan.
Projek stesen minyak wakaf itu menjadi contoh bagaimana wakaf boleh dimodenkan dan dimanfaatkan secara langsung dalam kehidupan seharian, di mana setiap urus niaga yang berlaku turut menyumbang kepada kebajikan dan pembangunan ummah. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager