Tag Archives: Wakaf

YWM SUMBANG RM82,575 KEPADA GOLONGAN MEMERLUKAN DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

SEMENYIH: Demi membantu mereka yang memerlukan terutama golongan terkesan akibat pandemik COVID-19 di Selangor dan Kuala Lumpur, Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah menyalurkan sumbangan berjumlah RM82,575. Menurut kenyataan YWM, menerusi Dana Wakaf Tunai Khas Masjid, sejumlah RM33,000 daripada jumlah tersebut disumbangkan kepada Masjid Qaryah Kampung Rinching Hulu, di sini, bagi tujuan membaik pulih bumbung masjid. “Dana Wakaf Tunai Khas Masjid

Read more

KAMPUNG MALAYSIA PENEMPATAN WAKAF PELARIAN SYRIA DI IDLIB

KUALA LUMPUR: Prihatin dengan ratusan ribuan pelarian Syria yang hilang tempat tinggal akibat pertempuran di wilayah Idlib hujung tahun lalu, Syria Care melancarkan projek wakaf Kampung Malaysia sebagai penyelesaian jangka panjang membantu kelompok terjejas itu. Melalui projek wakaf perumahan pelarian di utara wilayah Idlib, kira-kira 3 kilometer dari sempadan Syria dan Turki itu, sebanyak 292 unit rumah akan dibina untuk

Read more

LEBIH 17,000 AL-QURAN DIWAKAF UNTUK HOSPITAL SELURUH NEGARA

KUALA LUMPUR: Sebanyak 17,162 naskah Al-Quran diwakafkan orang ramai untuk hospital seluruh negara melalui projek #QuranCorner yang digerakkan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas. Angka yang dicapai dalam tempoh kurang seminggu itu melebihi sasaran awal 15,000 naskah Al-Quran untuk diwakafkan. Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Marhaini Yusoff berkata, pihaknya amat terharu dengan sokongan padu rakyat Malaysia. Beliau juga berterima kasih

Read more

MAIS KEMPEN WAKAF BUKU DI SELANGOR

KUALA LUMPUR: Lebih 12,000 buku wakaf, termasuk buku kajian ilmiah pelajar pengajian awam, diterima Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Kempen Wakaf Buku MAIS sejak April 2013. Setiausaha MAIS, Dr Ahmad Shahir Makhtar berkata kesemua buku wakaf itu diedarkan kepada sekolah terpilih, hospital kerajaan, rumah anak yatim dan perpustakaan awam di Selangor selain meletakkannya di ruangan Perpustakaan Wakaf MAIS bagi

Read more

TBS TUMPU PEMILIKAN UMMAH, SASAR MILIKI UNIVERSITI & HOSPITAL WAKAF

KUALA LUMPUR: Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) yang membantu lebih 100,000 asnaf bukan hanya institusi zakat yang menjaga kebajikan umat Islam, tetapi turut menumpukan kepada pemilikan ummah. Pengurus Besar TBS, Datu Abg Mohd Shibli Abg Mohd Nailie berkata pemilikan ummah itu antara lain dilakukan dengan pemilikan hartanah oleh institusi zakat itu yang akan memberi manfaat jangka panjang kepada umat Islam. Katanya,

Read more