KUALA LUMPUR: Setakat 31 Julai 2023, sebanyak 84 peratus tanah-tanah wakaf telah dibangunkan seperti pembinaan masjid, madrasah, tanah perkuburan, dan projek-projek komersil.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar ketika sesi perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini. — Bernama
KUALA LUMPUR: Setakat 31 Julai 2023, sebanyak 84 peratus tanah-tanah wakaf telah dibangunkan seperti pembinaan masjid, madrasah, tanah perkuburan, dan projek-projek komersil.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata hanya 16 peratus sahaja lagi tanah wakaf yang masih belum dibangunkan.
“Antara isu yang timbul dalam membangunkan tanah wakaf antaranya ialah masalah setinggan, lokasi yang tidak strategik dan tidak sesuai dibangunkan serta kekurangan dana untuk pembangunan.
“Namun, pembangunan wakaf tidak terhad di atas tanah wakaf semata-mata, malah wakaf juga boleh dilaksanakan menerusi pelbagai medium lain seperti wakaf tunai, saham wakaf, wakaf aset alih dan banyak lagi,” katanya ketika Sesi Penggulungan Perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas (KSP RMKE-12) di Dewan Rakyat.
Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Alor Setar Afnan Hamimi Taib Azamudden berhubung perancangan pihak kerajaan untuk menyelesaikan halangan-halangan dan merealisasikan idea pelaksanaan wakaf termasuk bidang kuasa dan pengurusan wakaf.
Menurut Mohd Na’im walaupun wakaf termasuk dalam senarai bidang kuasa negeri, kerajaan melalui Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) bertindak bagi menyelaras pentadbiran harta wakaf selain membantu pihak Majlis-Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) memajukan harta umat Islam sebagai sumber kekuatan ummah pada masa hadapan.
Jelasnya JAWHAR, Yayasan Wakaf Malaysia (YWM), dan MAIN menjalinkan kerjasama yang erat dalam membangun dan memperhebatkan aktiviti wakaf di negara ini.
“Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti mesyuarat berkala, siri-siri bengkel dan program turun padang antara JAWHAR dan MAIN telah berjaya merapatkan jurang perbezaan yang ada.
“Malah JAWHAR selaku penyelaras di peringkat Persekutuan turut menjalinkan kerjasama dengan Kementerian / Agensi Pusat seperti Pusat Geospatial Negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Perkhidmatan Awam dan banyak lagi bagi membantu menyelesaikan isu-isu yang timbul berkaitan wakaf di peringkat MAIN,” kata Mohd Na’im.
Manakala di peringkat YWM yang berfungsi bagi mengumpul dana wakaf tunai dan memajukan harta wakaf pula, kerjasama dengan MAIN telah meningkatkan kutipan wakaf dalam bentuk tunai yang diagihkan semula dalam bentuk aset wakaf alih dan tak alih untuk manfaat masyarakat.
Oleh itu kerajaan percaya, pembangunan wakaf tidak akan terhenti setakat ini sahaja, malah banyak peluang boleh diteroka secara bersama oleh JAWHAR, MAIN dan sektor korporat dalam menjana ekonomi negara menerusi wakaf.
Sementara itu berhubung persoalan perbezaan Yayasan Wakaf MADANI dan Wakaf Malaysia, Mohd Na’im menjelaskan perbincangan lanjut sedang dilaksanakan antara Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi dan JAWHAR dalam memperincikan pelaksanaan wakaf menerusi YWM mahupun Yayasan Wakaf MADANI.
“Walau apa jua inisiatif yang dirangka, Kerajaan akan memastikan setiap entiti berhubung wakaf dapat berperanan dengan teratur dan telus,” katanya. — AlHijrha Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked