Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TURKIYE HANTAR 25 TRAK BANTUAN KE GAZA MELALUI PINTU SEMPADAN RAFAH

DUNIA

TURKIYE HANTAR 25 TRAK BANTUAN KE GAZA MELALUI PINTU SEMPADAN RAFAH

Sebanyak 25 trak yang membawa bantuan kemanusiaan daripada misi ke-17 “Ship of Kindness” Türkiye berlepas pada Sabtu menuju ke pintu sempadan Rafah bagi menghantar bekalan bantuan ke Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Sumber: ARKIB

AL-ARISH (Mesir): Sebanyak 25 trak yang membawa bantuan kemanusiaan daripada misi ke-17 “Ship of Kindness” Türkiye berlepas pada Sabtu menuju ke pintu sempadan Rafah bagi menghantar bekalan bantuan ke Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Penghantaran diselaraskan oleh Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan Türkiye (AFAD) dan disokong 17 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), berlepas dari pelabuhan selatan Mersin pada 14 Okt membawa kira-kira 900 tan bantuan.

Operasi pemunggahan diteruskan di Pelabuhan al-Arish, Mesir dengan lebih separuh daripada kargo termasuk susu formula bayi, makanan siap dimakan dan makanan dalam tin telah dipindahkan ke trak.

Pegawai AFAD memantau pelepasan konvoi dari pelabuhan, dan trak berkenaan dijangka tiba di pintu sempadan Rafah dalam tempoh kira-kira 45 minit.

AFAD memaklumkan bahawa usaha sedang dijalankan untuk menghantar baki bantuan berkenaan ke Gaza secepat mungkin.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading