Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BUNUH DUA BERANAK DI JURU, SUAMI DIREMAN BANTU SIASATAN

DALAM NEGARA

BUNUH DUA BERANAK DI JURU, SUAMI DIREMAN BANTU SIASATAN

Suami kepada wanita yang ditemukan maut bersama anak perempuannya di sebuah rumah di Kampung Sekolah Juru di Bukit Metajam malam tadi, direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Sumber: BERNAMA

BUKIT MERTAJAM: Suami kepada wanita yang ditemukan maut bersama anak perempuannya di sebuah rumah di Kampung Sekolah Juru di sini malam tadi, direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail ketika dihubungi Bernama mengesahkan bahawa lelaki berkenaan telah dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan perintah reman.

Sementara itu, mayat dua beranak berkenaan telah dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) bagi tujuan bedah siasat.

Semalam, media melaporkan dua beranak iaitu ibu berusia 51 tahun dan anak perempuan berusia 11 tahun ditemukan maut, dipercayai dibunuh kejam di sebuah rumah di Kampung Sekolah Juru, di sini. 

Difahamkan mayat wanita itu dijumpai di bahagian dapur tingkat bawah rumah berkenaan manakala anaknya di tingkat atas.

Azizee berkata mayat dua beranak tersebut ditemukan suami mangsa yang pulang ke rumah kira-kira 7.30 malam dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading