UNGA LULUSKAN RESOLUSI BAGI RAKYAT PALESTIN TENTUKAN NASIB SENDIRI DENGAN MAJORITI BESAR
Sebanyak 172 negara mengundi menyokong resolusi itu manakala hanya tujuh negara – Israel, Amerika Syarikat, Micronesia, Argentina, Paraguay dan Papua New Guinea yang menentangnya.
NEW YORK: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada Selasa meluluskan resolusi yang mengiktiraf hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri dengan majoriti besar, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).
Sebanyak 172 negara mengundi menyokong resolusi itu manakala hanya tujuh negara – Israel, Amerika Syarikat, Micronesia, Argentina, Paraguay dan Papua New Guinea – yang menentangnya.
Lapan lagi negara berkecuali iaitu Ecuador, Liberia, Togo, Tonga, Panama, Palau, Tuvalu dan Kiribati.
Penerimaan resolusi ini menggambarkan tentangan dunia terhadap pendudukan dan aktiviti kolonial Israel, yang menghalang rakyat Palestin daripada menentukan nasib sendiri dan hidup dengan bermaruah dalam sebuah negara yang merdeka, menurut WAFA.
Resolusi itu menekankan pendapat nasihat daripada Mahkamah Keadilan Antarabangsa diutamakan dengan mengisytiharkan pendudukan Israel di wilayah Palestin adalah haram dan menyeru agar ia dihentikan segera kerana kesannya yang merosakkan kemampuan rakyat Palestin menentukan nasib sendiri, seperti dijamin Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan undang-undang antarabangsa.
Kementerian Luar dan Ekspatriat Palestin mengalu-alukan penerimaan resolusi oleh Perhimpunan Agung itu, menegaskan yang ia mewakili hak asas dan tidak boleh dipisahkan serta merupakan teras kepada Piagam PBB.
Kementerian itu juga melahirkan penghargaan kepada negara-negara sahabat serta negara-negara yang menaja dan mengundi menyokong resolusi berkenaan, pada ketika genosid terus berlaku di Palestin.
Ia turut menekankan pentingnya untuk melaksanakan resolusi Perhimpunan Agung itu, dengan menerima pendapat nasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa bahawa pendudukan Israel adalah haram.
WAFA melaporkan, kementerian itu menggesa negara-negara yang tidak menyokong resolusi dan mengundi secara negatif untuk mempertimbang semula pendirian mereka dan menyertai majoriti moral selaras undang-undang antarabangsa.
Kementerian itu juga menegaskan komitmennya untuk bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk melaksanakan resolusi berkaitan dan menjadikannya mekanisme yang berkesan untuk tindakan. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager