Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WANITA DIDAKWA BUNUH KANAK-KANAK LELAKI TUJUH TAHUN DI PASIR GUDANG

DALAM NEGARA

WANITA DIDAKWA BUNUH KANAK-KANAK LELAKI TUJUH TAHUN DI PASIR GUDANG

Seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di Pasir Gudang, Disember lepas.

Sumber: BERNAMA

JOHOR BAHRU: Seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di Pasir Gudang di sini, Disember lepas. 

Saniah Osman, 55, yang juga seorang peniaga, kelihatan sugul dan hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nabilah Nizam. 

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Muhammad Aswad Muhammad Fairuz di ruang tamu sebuah rumah di Taman Kota Masai, Pasir Gudang antara 7.30 malam, 29 Dis hingga 1.30 pagi, 30 Dis tahun lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Deana Aqilah Aliman.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 9 Mac ini sebagai tarikh sebutan kes bagi mendapatkan laporan post mortem, kimia dan DNA.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading