Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KEPERLUAN PT3, UPSR DIKAJI SEMULA – FADHLINA

DALAM NEGARA

KEPERLUAN PT3, UPSR DIKAJI SEMULA – FADHLINA

Kementerian Pendidikan mengaktifkan semula Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan bagi mengkaji keperluan pelaksanaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Sumber: BERNAMA

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan mengaktifkan semula Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan bagi mengkaji keperluan pelaksanaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata dapatan majlis tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri, sebelum sebarang keputusan lanjut dibuat.

Beliau berkata kajian semula itu mengambil kira permintaan ibu bapa yang masih mahu peperiksaan berkenaan dipertimbangkan semula.

“Laporan kaji selidik dan sebarang dapatan akan dikemukakan kepada Kabinet untuk diputuskan,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan amanat Tahun Baharu kementerian itu, di sini hari ini.

Fadhlina berkata kajian tersebut akan segera dilaksanakan dalam masa terdekat.

UPSR dimansuhkan pada 2021, manakala PT3  dimansuhkan pada 2022, sebelum kedua-duanya digantikan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading