Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WARGA EMAS MAUT DALAM KEBAKARAN KERETA KANCIL

DALAM NEGARA

WARGA EMAS MAUT DALAM KEBAKARAN KERETA KANCIL

Polis mengesahkan individu yang maut dalam kejadian kereta terbakar di tepi Jalan Shapadu Kampung Sungai Pinang, Klang, pagi tadi, merupakan seorang warga emas.

KLANG: Polis mengesahkan individu yang maut dalam kejadian kereta terbakar di tepi Jalan Shapadu Kampung Sungai Pinang di sini awal pagi tadi, merupakan seorang warga emas.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S. Vijaya Rao berkata siasatan awal mendapati mangsa adalah seorang lelaki berusia lingkungan 70-an.

ARTIKEL BERKAITAN – INDIVIDU MAUT DALAM KEBAKARAN KERETA KANCIL

“Punca kejadian masih dalam siasatan dan setakat ini polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut (SDR) dan satu kertas siasatan mati mengejut akan dibuka untuk memastikan punca kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Polis meminta orang awam yang melihat kejadian atau mempunyai maklumat berhubung insiden terbabit untuk menghubungi balai polis berhampiran atau Ketua Polis Balai Bandar Baru Klang.

Terdahulu, Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis memaklumkan sebuah kereta jenis Perodua Kancil didapati terbakar 100 peratus selain mangsa yang turut terbakar di tempat duduk pemandu.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading