WARGA EMAS MAUT DALAM KEBAKARAN KERETA KANCIL

KLANG: Polis mengesahkan individu yang maut dalam kejadian kereta terbakar di tepi Jalan Shapadu Kampung Sungai Pinang di sini awal pagi tadi, merupakan seorang warga emas.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S. Vijaya Rao berkata siasatan awal mendapati mangsa adalah seorang lelaki berusia lingkungan 70-an.

ARTIKEL BERKAITAN – INDIVIDU MAUT DALAM KEBAKARAN KERETA KANCIL

“Punca kejadian masih dalam siasatan dan setakat ini polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut (SDR) dan satu kertas siasatan mati mengejut akan dibuka untuk memastikan punca kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Polis meminta orang awam yang melihat kejadian atau mempunyai maklumat berhubung insiden terbabit untuk menghubungi balai polis berhampiran atau Ketua Polis Balai Bandar Baru Klang.

Terdahulu, Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis memaklumkan sebuah kereta jenis Perodua Kancil didapati terbakar 100 peratus selain mangsa yang turut terbakar di tempat duduk pemandu.—AlHijrah Online

Leave a Reply