Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

INDIVIDU MAUT DALAM KEBAKARAN KERETA KANCIL

DALAM NEGARA

INDIVIDU MAUT DALAM KEBAKARAN KERETA KANCIL

Seorang individu ditemui rentung dalam sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang terbakar di tepi Jalan Shapadu Kampung Sungai Pinang di sini awal pagi tadi.

KLANG: Seorang individu ditemui rentung dalam sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang terbakar di tepi Jalan Shapadu Kampung Sungai Pinang di sini awal pagi tadi.

Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya telah menghantar sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang ke lokasi kejadian pada jam 5.37 pagi selepas menerima panggilan.

ARTIKEL BERKAITAN – WARGA EMAS MAUT DALAM KEBAKARAN KERETA KANCIL

“Sebuah kereta jenis Perodua Kancil didapati terbakar 100 peratus dan terdapat seorang individu di bahagian tempat duduk pemandu kenderaan yang turut terbakar 100 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun identiti mangsa tidak dapat dikenal pasti.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading