Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

GELANDANGAN KUDUNG TANGAN DIDAKWA BUNUH WARGA EMAS

DALAM NEGARA

GELANDANGAN KUDUNG TANGAN DIDAKWA BUNUH WARGA EMAS

Chin dituduh menyebabkan kematian Leong Chow Wah, 67, yang juga gelandangan, di lorong tepi sebuah restoran, Jalan Leong Sin Nam di sini antara pukul 4.50 pagi sehingga 5.50 pagi pada 16 Okt lepas.

Gelandangan yang kudung tangan kanan, Chin Ling Sin, 51, didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang warga emas yang juga gelandangan pada Ahad lepas. –fotoBERNAMA

IPOH: Seorang gelandangan yang kudung tangan kanan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang warga emas pada Ahad lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Chin Ling Sin, 51, sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Jesseca Daimis kerana pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Dia berdepan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Chin dituduh menyebabkan kematian Leong Chow Wah, 67, yang juga gelandangan, di lorong tepi sebuah restoran, Jalan Leong Sin Nam di sini antara pukul 4.50 pagi sehingga 5.50 pagi pada 16 Okt lepas.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fatimah Hannah Abd Wahab manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 16 Dis depan sebagai tarikh sebutan semula kes. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading