Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

IDRIS MINTA LEWATKAN PERLAWANAN AKHIR AFC UNTUK SOLAT MAGHRIB

DALAM NEGARA

IDRIS MINTA LEWATKAN PERLAWANAN AKHIR AFC UNTUK SOLAT MAGHRIB

Menerusi hantaran di Facebook, Idris berkata ia bertujuan memberi ruang kepada para penyokong bagi menunaikan solat Maghrib.

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad meminta Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu untuk melewatkan sedikit perlawanan akhir Piala AFC 2022 yang dijadual berlangsung pada 22 Oktober ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Idris berkata ia bertujuan memberi ruang kepada para penyokong bagi menunaikan solat Maghrib.

“Dalam masa yang sama, saya juga meminta YADIM di bawah agensi kami untuk menyediakan ruangan solat bagi kemudahan para penonton dan mungkin boleh memberi pendedahan praktikal mudah untuk mengambil wuduk yang menyenangkan para penonton untuk solat.

“Saya juga telah meminta pihak JAWI untuk membawa kemudahan surau bergerak mereka,” katanya.

Perlawanan akhir Piala AFC 2022 yang dijadualkan pada Sabtu ini akan menyaksikan aksi wakil Malaysia KL City menentang wakil Oman Al Seeb.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading