Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PELAJAR SEKOLAH RENDAH MAUT DIHEMPAP PALANG GOL

DALAM NEGARA

PELAJAR SEKOLAH RENDAH MAUT DIHEMPAP PALANG GOL

Seorang murid tahun lima maut selepas dihempap palang gol ketika melakukan aktiviti sukan di Pekan Manggatal, Kota Kinabalu semalam.

KOTA KINABALU: Seorang murid tahun lima maut selepas dihempap palang gol ketika melakukan aktiviti sukan di Pekan Manggatal, di sini semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 12.20 tengah hari itu melibatkan mangsa berusia 11 tahun yang disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Hospital Likas.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa merupakan murid Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Lok Yuk, Manggatal.

“Mangsa dipercayai dihempap besi palang gol ketika berlangsungnya aktiviti sukan tahunan sekolah di padang itu.

“Kejadian disedari bapa mangsa dan guru sekolah sebelum bertindak menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan segera,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah Zaidi, mangsa kemudian dihantar ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih dijalankan.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading