Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WARGA EMAS MAUT DIHEMPAP JENTOLAK

DALAM NEGARA

WARGA EMAS MAUT DIHEMPAP JENTOLAK

Dalam kejadian kira-kira 10 pagi, mangsa berusia lingkungan 60-an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga emas maut dihempap jentolak ketika melakukan kerja-kerja mengangkut tanah di Kampung Tuan, dekat Tenom, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 10 pagi, mangsa berusia lingkungan 60-an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 10.12 pagi.

Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Tenom bergegas ke lokasi kejadian terletak lapan kilometer dari balai selepas menerima panggilan kecemasan.

Operasi ditamatkan pada 11.49 pagi.-AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading