Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA BERANAK MAUT KEMALANGAN MOTOSIKAL

DALAM NEGARA

DUA BERANAK MAUT KEMALANGAN MOTOSIKAL

Dalam kejadian kira-kira 7.15 pagi itu, Izham Hanif Ibrahim, 46, dan anak lelakinya Adeeb Darwish, 15, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

TASEK GELUGOR: Dua beranak maut ketika perjalanan ke sekolah selepas motosikal dinaiki terbabas sebelum mereka terjatuh di atas jalan dan dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Padang Menora di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 7.15 pagi itu, Izham Hanif Ibrahim, 46, dan anak lelakinya Adeeb Darwish, 15, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Mohd Radzi Ahmad berkata kemalangan itu dipercayai berlaku apabila motosikal dinaiki dua beranak berkenaan hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum kedua-duanya terjatuh ke atas jalan.

“Dalam masa yang sama datang sebuah MPV arah bertentangan iaitu dari arah Penanti menghala Kepala Batas yang tidak sempat mengelak lalu terlanggar dua beranak tersebut.

“Pelanggaran itu telah menyebabkan anak-beranak tersebut meninggal dunia di lokasi kejadian kerana mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan, mayat mereka dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk dibedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading