ZAYNE BERWAJAH BAHARU, BUAT “COMEBACK” DENGAN ‘WANITA SYURGAWI’
Karya ini sangat istimewa kerana liriknya diadaptasi daripada hadis Nabi Muhammad SAW yang menceritakan tentang keagungan dan keistimewaan Saiditina Khadijah R.A di sisi Rasulullah SAW.
Selepas sekian lama menantikan karya terbaharu, kumpulan nasyid kontemporari popular, Zayne, kini kembali mewarnai industri muzik tanah air dengan pelancaran single terbaharu mereka berjudul “Wanita Syurgawi”. Naskhah ini bukan sekadar sebuah lagu, malah merupakan pengenalan rasmi kepada formasi baharu kumpulan tersebut.
Inspirasi Sirah dan Adaptasi Hadis
Lagu Wanita Syurgawi merupakan ciptaan sepenuhnya oleh komposer berkaliber, Frizdan Fizarahman. Karya ini sangat istimewa kerana liriknya diadaptasi daripada hadis Nabi Muhammad SAW yang menceritakan tentang keagungan dan keistimewaan Saiditina Khadijah R.A di sisi Rasulullah SAW.
Ketua kumpulan Zayne, Furqan Fawwaz, berkongsi keterujaan mereka saat pertama kali mendengar demo lagu ini.
“Kali pertama mendengar demo daripada Abang Frizdan, kami terus jatuh hati. Proses rakaman tidak mengambil masa yang lama, namun kami sangat menitikberatkan soal penghayatan kerana lagu ini membawa mesej perjalanan sirah yang sangat agung antara Rasulullah dan isteri tercinta,” ujar Furqan.
Formasi Baharu: Yusuf Kassim Pelengkap Vokal
Susulan pengunduran dua anggota terdahulu, Basit dan Naufal Azrin, Zayne kini tampil lebih ampuh dengan penyertaan anggota baharu, Yusuf Kassim. Beliau bukanlah nama asing dalam dunia tilawah al-Quran apabila memegang gelaran Johan Qari Negeri Johor bagi tahun 2025.
Kemasukan Yusuf dianggap memberikan “warna” baharu kepada identiti vokal Zayne. Menurut Mateen, Zayne kini muncul dengan imej yang lebih matang.
“Zayne kali ini tampil dengan vokal yang lebih matang. Kehadiran Yusuf Kassim membawa Zayne terus ke hadapan, dan kami yakin variasi vokal yang dibawakannya sangat menyerlah dalam lagu ini,” kata Mateen.
Bagi Yusuf Kassim, beliau menyifatkan penyertaannya dalam Zayne sebagai satu rezeki yang indah. Sebelum ini, beliau sering dijemput bersama Zayne dalam pelbagai acara sehingga memupuk keserasian yang akrab antara mereka.
“Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Furqan dan Mateen kerana menerima saya dengan tangan terbuka untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Zayne,” jelas Yusuf.
Harapan Dan Ketersediaan
Besar harapan Zayne agar kembalinya mereka ke persada seni dapat diterima baik oleh seluruh lapisan masyarakat. Mereka mensasarkan agar Wanita Syurgawi mampu menjadi naskhah “hit” menyamai kejayaan lagu-lagu bertemakan serikandi sebelum ini.
Single “Wanita Syurgawi” kini sudah boleh dinikmati dan didengari di semua platform penstriman digital utama seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, dan lain-lain.
Zayne merupakan kumpulan nasyid kontemporari yang memperjuangkan genre muzik yang segar dan relevan dengan generasi muda. Kini dianggotai oleh Furqan Fawwaz, Mateen, dan Yusuf Kassim, kumpulan ini terus komited dalam menyampaikan mesej dakwah menerusi karya seni yang berkualiti.—AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests