Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

37 PEGAWAI IMIGRESEN DIKENAKAN TINDAKAN TATATERTIB

UTAMA

37 PEGAWAI IMIGRESEN DIKENAKAN TINDAKAN TATATERTIB

Logo_of_Department_of_Immigration_Malaysia.svg SEPANG, 31 Mei – Sebanyak 37 pegawai Jabatan Imigresen dikenakan tindakan tatatertib sejak Februari lepas kerana terlibat dengan kegiatan sabotaj Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs), kata Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Sakib Kusmi. Daripada jumlah itu, 15 orang telah dibuang kerja, 14 orang digantung kerja dan lapan orang lagi ditangguh pergerakan gaji, katanya. “Pegawai yang terlibat daripada skim perkhidmatan peringkat sokongan yang bertugas di pintu-pintu masuk utama negara, ada juga pegawai teknologi maklumat serta pegawai yang bekerja dengan vendor sistem itu. “Ada antara mereka ini yang baru bekerja selama enam bulan dan yang paling lama dalam perkhidmatan kira-kira 15 tahun,” katanya dalam sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), di sini hari ini. Ditanya sama ada pegawai terbabit akan didakwa di mahkamah kerana salah guna kuasa, katanya, ia tertakluk kepada siasatan yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekiranya terdapat unsur jenayah. BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Continue Reading
You may also like...

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading