More in UTAMA
-
DALAM NEGARA
JEREBU: SEMUA SEKOLAH, INSTITUSI PENDIDIKAN KPM DI SELANGOR DITUTUP MULAI JUMAAT
Semua institusi pendidikan KPM di Selangor ditutup mulai 9 Oktober 2026 sehingga dimaklumkan semula susulan jerebu....
-
UTAMA
ISU JEREBU: PRABOWO SETUJU AMBIL TINDAKAN SEWAJARNYA – PM ANWAR
Perdana Menteri berkata beliau telah hubungi sendiri Presiden Indonesia Prabowo Subianto, selain mengarahkan Menteri Luar Datuk...
-
DALAM NEGARA
JEREBU: AGONG TITAH UTAMAKAN KESIHATAN MURID, NASIHAT TUTUP SEKOLAH DI KAWASAN TERJEJAS
“Langkah sewajarnya perlu diambil oleh kementerian dan agensi yang berkenaan bagi melindungi murid dan pelajar, termasuk...
-
DALAM NEGARA
KEMATIAN PELAJAR DI ASRAMA, DUA PELAJAR SENIOR DIDAKWA
Dua remaja lelaki berusia 16 tahun didakwa atas kematian seorang pelajar Tingkatan Dua berusia 14 tahun...
-
DALAM NEGARA
KERAJAAN TELITI PERUNTUKAN, INSENTIF CUKAI GALAK PENYERTAAN BUMIPUTERA DALAM INDUSTRI HALAL
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Marhamah Rosli berkata kerajaan melalui Jabatan Kemajuan...

SEPANG, 31 Mei – Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bercadang membina sebuah jambatan udara yang menghubungkan bangunan utama dan bangunan satelit Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) sebagai alternatif kepada penggunaan aerotrain.
Pengarah Urusannya Datuk Badlisham Ghazali berkata cadangan itu sedang dibincangkan oleh pihak pengurusan MAHB, yang merupakan pengendali lapangan terbang KLIA, sebelum kertas kerja dibentangkan kepada Kementerian Pengangkutan.
“Selain skybridge yang mempunyai walkalator, kami juga ada beberapa cadangan lain sebagai penyelesaian jangka panjang termasuk menggantikan aerotrain. “Apa jua yang kami sediakan di lapangan terbang dianggap perbelajaan modal dan itu sesuatu yang kami perlu bincangkan dengan kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Anugerah Khidmat Setia MAHB ke-14, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai supaya penyelesaian jangka panjang dibuat bagi mengatasi masalah perkhidmatan aerotrain yang tergendala beberapa kali akibat kerosakan.
Bagi penyelasaian jangka pendek, Badlisham berkata lebih 24 bas dan van ditempatkan di KLIA sebagai langkah berjaga-jaga jika perkhidmatan aerotrain tergendala lagi.
“Perkhidmatan aerotrain bermula sejak KLIA beroperasi 18 tahun lepas dan kami masih berusaha untuk memperbaikinya termasuk menaik taraf sistem isyarat yang kami rasa punca banyak masalah kerosakan kebelakangan ini,”jelasnya.
Pada Jumaat lepas, ratusan pengguna KLIA terkandas susulan kerosakan dua aerotrain KLIA kira-kira pukul 8 pagi. Kerosakan aerotrain itu merupakan insiden kedua yang berlaku selepas kejadian sama dialami pada Disember lepas.
Sementara itu, mengulas usaha menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) bagi mengatasi masalah air bertakung terutama menjelang musim hujan, beliau berkata MAHB telah bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
“Kami tidak jangkakan seteruk apa yang kita lihat tahun lepas kerana kerja penyenggaraan telah bermula sejak tahun 2014. Kita akan memantau situasi,” katanya.
BERNAMA