More in UTAMA
-
DUNIA
WHO BAKAL HENTIKAN BEKALAN DIESEL KEPADA LEBIH 20 HOSPITAL DI GAZA
Gangguan bekalan bahan api itu berpunca daripada tindakan Israel menutup pintu sempadan Kerem Shalom sejak Oktober...
-
DALAM NEGARA
JEREBU: 39 KAWASAN REKOD BACAAN IPU TIDAK SIHAT
Sarawak kekal menjadi negeri yang mengalami impak jerebu paling teruk, didorong oleh kebakaran hutan di wilayah...
-
DALAM NEGARA
MAIS SASAR MASJID SELANGOR ADAPTASI TEKNOLOGI DIGITAL DAN AI
MAIS menyasarkan semua masjid di Selangor mengadaptasi AI dan teknologi digital bagi memperkemas pengurusan serta pendigitalan...
-
DALAM NEGARA
JKM TAMBAH BAIK PPS, UTAMAKAN GOLONGAN OKU DAN WARGA EMAS
JKM menambah baik kemudahan di PPS seluruh negara bagi memastikan keperluan golongan OKU, warga emas dan...
-
DALAM NEGARA
SUAMI CEMBURU, TIKAM ISTERI 13 KALI
Polis mendapati tujuh tikaman terkena dada, lima pada perut dan satu pada rusuk kanan mangsa menggunakan...

SEPANG, 31 Mei – Sebanyak 37 pegawai Jabatan Imigresen dikenakan tindakan tatatertib sejak Februari lepas kerana terlibat dengan kegiatan sabotaj Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs), kata Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Sakib Kusmi.
Daripada jumlah itu, 15 orang telah dibuang kerja, 14 orang digantung kerja dan lapan orang lagi ditangguh pergerakan gaji, katanya.
“Pegawai yang terlibat daripada skim perkhidmatan peringkat sokongan yang bertugas di pintu-pintu masuk utama negara, ada juga pegawai teknologi maklumat serta pegawai yang bekerja dengan vendor sistem itu.
“Ada antara mereka ini yang baru bekerja selama enam bulan dan yang paling lama dalam perkhidmatan kira-kira 15 tahun,” katanya dalam sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), di sini hari ini.
Ditanya sama ada pegawai terbabit akan didakwa di mahkamah kerana salah guna kuasa, katanya, ia tertakluk kepada siasatan yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekiranya terdapat unsur jenayah.
BERNAMA