More in UTAMA
-
DALAM NEGARA
VIDEO TULAR RITUAL KEAGAMAAN: SIASATAN DISERAHKAN KEPADA PIHAK BERKUASA AGAMA – ZULKIFLI
Siasatan berhubung isu seorang individu beragama Islam terlibat dalam ritual keagamaan bukan Islam diserahkan kepada pihak...
-
DUNIA
MUFTI BANGLADESH MAUT DALAM SERANGAN LAPANGAN TERBANG RIYADH
Mufti dari Bangladesh, Sheikh Nasrullah Al-Badr dilaporkan meninggal dunia pada Ahad akibat kecederaan yang dialami dalam...
-
UTAMA
BAYAR ZAKAT RM1.935 JUTA, MENTERI AGAMA SIFATKAN JEP SEPAHTU WIRA ASNAF
Menteri Agama, Dr Zulkifli Hasan memuji tindakan Jep Sepahtu mendedahkan rekod pembayaran zakat kira-kira RM1.935 juta...
-
DUNIA
PENGGANTUNGAN OPERASI LAPANGAN TERBANG RIYADH DILANJUTKAN
Pihak berkuasa penerbangan awam Arab Saudi pada Isnin melanjutkan penggantungan operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Riyadh...
-
DALAM NEGARA
KEMALANGAN RAGUT NYAWA PELAJAR, PEMANDU WARGA PAKISTAN DIREMAN
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan berkata mangsa tidak sempat membrek atau mengelak kerana...

KUALA LUMPUR, 31 Mei – Kementerian Pertahanan bercadang menyewa tanah terbiar miliknya bagi menampung keperluan bekalan makanan negara, kata Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata kementerian berkenaan akan bekerjsama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta syarikat perladangan untuk membangunkan tanah-tanah tersebut.
Pegawai kementerian telah diarahkan untuk mengenal pasti tanah terbiar dan yang tidak dimajukan untuk disewa kepada pihak yang berminat bagi menanam misalnya dengan padi, jagung dan tanaman lain,” katanya kepada pemberita selepas berucap pada Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik Ke-30 di sini hari ini.
Beliau berkata dengan berlakunya kemarau dan banjir, perubahan cuaca, ketidakselamatan makanan telah menjadi perkara keselamatan dan pertahanan.
“Memandangkan tanaman bukan merupakan bidang kepakaran Kementerian Pertahanan, kerjasama inklusif kemungkinan dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan syarikat-syarikat perladangan sedang difikirkan,” katanya.
BERNAMA