More in UTAMA
-
DALAM NEGARA
REMAJA ROGOL ANAK SAUDARA HINGGA HAMIL DIHANTAR KE HENRY GURNEY
Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman khidmat masyarakat terhadap seorang remaja dalam kes sumbang mahram dengan anak saudaranya...
-
DALAM NEGARA
GURU AGAMA PERLU MANFAAT TEKNOLOGI DIGITAL, PERLUAS CAPAIAN DAKWAH
“Guru agama hendaklah mampu menilai sumber, memahami konteks dan memastikan penjelasan yang diberikan berlandaskan rujukan agama...
-
DALAM NEGARA
PENINGKATAN KES SELUDUP DADAH BUKAN BERPUNCA DARI PEMANSUHAN HUKUMAN MATI – PERDANA MENTERI
Perdana Menteri menegaskan tindakan memerangi jenayah narkotik perlu dilaksanakan secara lebih keras dan tegas memandangkan ancaman...
-
DALAM NEGARA
LORI MUATAN AYAM TERBALIK, PEMANDU PUTUS KAKI
Mangsa pemandu lori 27 tahun putus kaki kanan, patah kaki kiri akibat tersepit di bawah lori...
-
DALAM NEGARA
ZAKIR NAIK KEKAL DI MALAYSIA, TIDAK DIEKSTRADISI KE INDIA
Malaysia memutuskan untuk tidak menyerahkan Dr Zakir Naik kepada India dan menegaskan tiada permohonan baharu diterima...

IPOH, 31 Mei – Seorang lelaki yang dipercayai ketua kumpulan samun ‘Geng Rem Sawit’ ditembak mati oleh anggota polis di Lebuhraya Ipoh-Lahad dekat Taman Lahad Indah, kira-kira 13 kilometer dari sini malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, sepasukan anggota polis pada mulanya bertembung dengan suspek yang sedang menunggang motosikal.
“Menyedari kehadiran polis, suspek yang berumur 24 tahun itu secara tiba-tiba melepaskan dua das tembakan ke arah anggota polis apabila dia cuba ditahan.
“Salah satu tembakan suspek telah mengenai pintu kereta peronda. Dalam usaha mempertahankan diri, anggota polis telah membalas tembakan dan terkena pada badan suspek,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata susulan kejadian itu, pihak polis turut melakukan dua serbuan berasingan di Ipoh dan Batu Gajah kira-kira 2 pagi tadi bagi mengesan anggota kumpulan terbabit.
“Hasilnya polis berjaya menahan dua lelaki berumur 26 dan 33 tahun. Kedua-dua supek dan lelaki yang ditembak itu mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau termasuk dadah, bunuh dan samun,” kata Hasnan.
Beliau berkata geng berkenaan dikesan aktif melakukan samun sekitar Ipoh, Batu Gajah, Kampar dan Tapah mulai awal tahun ini.
“Kumpulan ini turut terlibat dalam satu kes samun di pejabat timbangan sawit di Tapah yang menyebabkan kerugian lebih kurang RM30,000,” katanya.
Beliau berkata polis kini sedang mengesan beberapa lagi anggota kumpulan itu yang masih bebas.
BERNAMA